• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Akhbar The Star Diberi Surat Tunjuk Sebab

oleh AK-47
30/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Akhbar berbahasa Inggeris The Star diberi tempoh tujuh hari untuk menjawab surat tunjuk sebab yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri kepada akhbar tersebut hari ini.

Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Alwi Ibrahim berkata, akhbar itu diberi surat tunjuk sebab kerana laman muka hadapannya pada 27 Mei lalu seolah-olah mempersendakan agama Islam.

“KDN telah memanggil Ketua Editor The Star dan menyerahkan surat tunjuk sebab berhubung penyiaran berita muka hadapan bertajuk “Malaysia Terrorist Leader” disertai gambar umat Islam sedang solat terawih.

“Kementerian amat dukacita akan tajuk berita itu pada halaman yang turut dimuatkan gambar yang tidak mempunyai kaitan sama sekali dan sangat tidak sesuai untuk disiarkan pada halaman yang sama.

“Ia mengelirukan, menimbulkan salah faham dan prejudis terhadap umat Islam yang mungkin akan dikaitkan dengan keganasan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Alwi berkata, The Star diberi tempoh tujuh hari menjawab mengapa tindakan tidak boleh diambil keatas akhbar itu dibawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 termasuk digantung permit penerbitan.

“Pihak akhbar bertanggungjawab memastikan perpaduan dan kesejahteraan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, agama dan budaya sentiasa terpelihara,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Akhbar The StarDatuk Seri Alwi Ibrahim
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

The Star Perjelas Wawancara Mujahid Mengenai Serbuan Khalwat

10/10/2018
0

PADA 6 Oktober, The Star menyiarkan berita pada halaman empat akhbar berkenaan dengan tajuk “Putting compassion into practice” dan “No...

Akhbar The Star Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka

08/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Akhbar berbahasa Inggeris, The Star digesa agar memohon maaf secara terbuka kerana menulis laporan yang salah sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd