• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agensi Keselamatan Thai Waspada Laporan Malaysia

oleh
04/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BANGKOK – Agensi keselamatan Thailand diarah supaya berwaspada dan terus memantau rapi keadaan berikutan satu laporan berhubung seorang rakyat Malaysia yang didakwa mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh telah menyusup masuk ke selatan Thailand.

Jurucakap Kementerian Pertahanan, Mejar Jen. Kongcheep Tantravanich dalam satu kenyataan malam tadi berkata, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan, Jeneral Prawit Wongsuwon telah meminta agensi perisikan untuk bertukar-tukar maklumat dan mengesahkan laporan itu.

“Beliau (Prawit) menugaskan Tentera Wilayah 4 dan Polis Diraja Thai agar berjaga-jaga dan memantau keadaan dengan rapi,” katanya sambil menambah bahawa Thailand masih belum dimaklumkan oleh Malaysia mengenai laporan berhubung warganegaranya yang mempunyai kaitan dengan Daesh telah menyusup masuk ke selatan Thailand.

Kongcheep meminta orang ramai agar yakin dengan kerajaan dan agensi-agensi keselamatannya dalam menjaga keselamatan negara ini daripada sebarang ancaman.

Semalam, Ketua Polis Negara Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam satu kenyataan mengumumkan penangkapan empat lelaki dan dua wanita kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh.

Dalam kenyataan itu, beliau berkata seorang lelaki, Muhammad Muzaffa Arieff Junaidi dari Rantau Panjang, Kelantan telah melarikan diri dengan menyusup masuk ke selatan Thailand dan membawa dua senjata api jenis M-4 Carbine dan pistol. – BERNAMA

Tags: DaeshThailand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

Mengapa Diesel Malaysia Melonjak 82%? Thailand Hanya 2.8%, Indonesia Kekal – Kohilan Pillay

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden MIC, Kohilan Pillay menyuarakan kebimbangan terhadap kenaikan mendadak harga diesel di Malaysia yang didakwa...

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

Pengeboman 11 Stesen Minyak Di Selatan Thailand: Polis Buru Suspek Larikan Diri Ke Malaysia

18/01/2026
0

KOTA BHARU: Polis Kelantan termasuk cawangan khas kini giat memburu beberapa suspek pengeboman 11 stesen minyak di Selatan Thailand yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd