Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Jumlah Mangsa Banjir Di...

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 1,078 orang...

Mayat Warga India Jatuh...

MIRI - Pasukan mencari dan menyelamat hari ini menjumpai mayat seorang juragan warga...

Foto Fasha Terlajak’ Mesra...

MEDIA sosial sepatutnya digunakan secara baik dan bukannya untuk menyebarkan 'kuasa' negatif. Tapi...

Anwar Gesa Isu DNB...

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa supaya isu berkaitan pelaksanaan...

Abang Johari Beri Penerangan Rancang LRT Di Sarawak

KUCHING – Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini memberi penerangan rancangan membangunkan Transit Aliran Ringan (LRT) di Sarawak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy, menteri yang bertanggungjawab ke atas Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak dan Sabah berkata penerangan tersebut antara perkara dibincangkan dalam pertemuan hampir sejam itu.

“Kunjungan hormat saya ke atas ketua menteri hari ini adalah bagi memberi penerangan mengenai jawatan dan portfolio saya terutama berkaitan dengan Sarawak dari segi pengangkutan awam darat.

“Kita sudah mendengar ketua menteri bercakap mengenai LRT di Sarawak jadi saya perlu mengetahui apa yang dihasrat beliau dan bagaimana saya boleh membantu sebagai menteri Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Pada Mac lepas, Abang Johari berkata kerajaan Sarawak akan merangka pelan jangka panjang pengangkutan awam termasuk memperkenalkan LRT bagi menghubungkan Kuching, Samarahan, dan Serian yang akan mengambil masa perjalanan 30 minit sahaja.


Mengulas lanjut, Nancy berkata selaian itu dalam pertemuan tersebut beliau selaku Anggota Parlimen Batang Sadong turut menyampaikan hasrat serta keperluan masyarakat kawasan yang diwakilinya kepada ketua menteri.

“Perbincangan turut berkisar mengenai keperluan di kawasan saya seperti perumahan, program-program untuk masyarakat, masalah lesen perniagaan dan lain-lain lagi,” katanya sambil menambah perkara itu mendapat reaksi positif Abang Johari. – BERNAMA

Kategori