• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

9 Warga Tempatan Ditahan, Heroin RM11,500 Dirampas

oleh AK-47
18/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis menahan sembilan individu warga tempatan, termasuk lima wanita, serta merampas 460 gram dadah jenis heroin bernilai RM11,500 dalam serbuan ke sebuah rumah di Taman Silibin Ria, di sini awal hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak, ACP V. R. Ravi Chandran berkata kesemua suspek yang ditahan itu terdiri daripada tiga lelaki, lima wanita serta seorang remaja lelaki, masing-masing berumur lingkungan 16 hingga 51 tahun.

Beliau berkata dalam serbuan kira-kira pukul 4 pagi itu, sepasukan anggota dari JSJN Ibu Pejabat Kontinjen Polis Perak menjumpai lima paket plastik dadah dipercayai heroin dengan anggaran berat keseluruhan 460 gram.

“Ada dua keluarga antara suspek yang ditahan dalam serbuan itu,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Ravi berkata polis turut menyita sebuah kereta jenis Proton Gen-2 serta sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang anggaran keseluruhan bernilai RM17,000.

“Kesemua mereka direman secara berasingan beberapa hari,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. – BERNAMA

Tags: ACP V. R. Ravi Chandranheroin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SPAD Tahan 6 Lori, 2 Bas Dipandu Melebihi Had Laju

Next Post

Tentera Thailand, Malaysia Berikrar Tingkat Kerjasama

Related Posts

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

Nelayan, Pembantu Kedai Makan Didakwa Edar 21kg Heroin

13/05/2024
1

Taiping : Seorang nelayan dan pembantu kedai makan didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, atas pertuduhan mengedar 21.03...

Polis Kedah Tumpas Kegiatan Edar Syabu, Heroin Bernilai RM214,288

Polis Kedah Tumpas Kegiatan Edar Syabu, Heroin Bernilai RM214,288

20/04/2023
0

Alor Setar : Polis Kedah menumpaskan kegiatan pengedaran dadah jenis syabu dan heroin bernilai RM214,288 dalam dua serbuan berasingan pada...

Next Post

Tentera Thailand, Malaysia Berikrar Tingkat Kerjasama

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd