• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemotongan Mata: 4 Pasukan Boleh Kemuka Rayuan

oleh AK-47
03/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat pasukan Liga Malaysia (Liga-M) yang dikenakan hukuman potong enam mata selepas gagal melunaskan tunggakan gaji pemain serta hukuman larangan perpindahan pemain boleh mengemukakan rayuan kepada sekretariat Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP).

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkata walaupun pihaknya menyokong keputusan diambil FMLLP, badan induk berkenaan melihat pasukan terlibat boleh mengemukakan rayuan demi kebajikan pemain pasukan masing-masing serta kemajuan Liga-M untuk jangka masa panjang.

FMLLP merupakan pentadbir Liga-M.

“Kebenaran untuk membuat rayuan ini juga sebenarnya telah pun dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam sewaktu sidang media yang dijalankan semalam,” kata Hamidin dalam kenyataan.

Kevin pada sidang media semalam mengumumkan empat pasukan Liga-M iaitu dua pasukan Liga Super; Kelantan dan T-Team serta dua pasukan Liga Perdana; Angkatan Tentera Malaysia dan Perlis dipotong enam mata berkuat kuasa serta merta.

Menurut Kevin, keputusan itu diambil setelah keempat-empat pasukan berkenaan gagal melengkapkan pengesahan penyertaan pertandingan Liga-M yang berakhir pada Disember 2016. – BERNAMA

Tags: Datuk Hamidin Mohd AminFMLLPLiga Malaysia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemuda Lemas Mandi Di Air Terjun Belukar Bukit

Next Post

PM Bangga 2 Beradik Harum Nama Negara Di Romania

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

JDT Mampu Sapu Bersih Semua Piala Dipertandingkan

21/04/2022
0

KUALA LUMPUR : Juara bertahan Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) boleh membuat pencabar mereka dalam Liga...

Next Post

PM Bangga 2 Beradik Harum Nama Negara Di Romania

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd