• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Lelaki Ditemui Selamat Selepas Lebih 16 Jam Sesat

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Empat lelaki yang dilaporkan sesat semasa mendaki di Hutan Bukit Saga, Ampang di sini sejak lewat petang semalam berjaya ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Hamzah Alias berkata kesemua lelaki berusia 20 hingga 22 tahun itu ditemui selamat di satu kawasan di hutan berkenaan pada pukul 11.05 pagi tadi.

“Mereka yang berasal dari Cheras dan Kampung Pandan di sini ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan SAR setelah sesat dalam hutan itu lebih 16 jam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Hamzah berkata operasi SAR itu disertai lebih 50 anggota daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Gerakan Am dan dibantu Sukarelawan Bomba Kampung Sri Nanding serta penduduk setempat dilancarkan sebaik menerima laporan kehilangan kesemua mangsa pada pukul 7 malam semalam.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika menjalani aktiviti pendakian di kawasan Bukit Saga dan Bukit Tabur berikutan banyak laporan kejadian sesat di kedua-dua kawasan itu.

“Orang ramai dinasihati membuat kajian dan memahami trek serta bentuk muka bumi kawasan sebelum membuat pendakian…mereka perlu mengelak membuat pendakian semasa musim hujan kerana berbahaya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Sesat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Dijemput Ilahi Ketika Hantar Anak Ke Sekolah

Next Post

Juruelektrik Direman Kes Fitnah Presiden Syarikat Air

Related Posts

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

Dua Tapir Sesat Dalam Kawasan Perumahan Di Rembau

09/03/2025
0

REMBAU - Tular video dua ekor tapir didakwa dilihat berkeliaran di sebuah taman perumahan di Taman Mawar Ehsan Pedas di...

Terengganu Putuskan Kepercayaan, Ajaran GISBH Sesat

Terengganu Putuskan Kepercayaan, Ajaran GISBH Sesat

20/09/2024
0

KUALA TERENGGANU : Terengganu mengikut jejak Perlis apabila memutuskan untuk menfatwakan kepercayaan dan ajaran dalam GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH)...

Next Post

Juruelektrik Direman Kes Fitnah Presiden Syarikat Air

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd