• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Termasuk 2 Pegawai Kanan Imigresen Ditahan SPRM

oleh AK-47
09/05/2017
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Tiga lelaki termasuk dua pegawai kanan Imigresen Padang Besar ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah bagi kesalahan rasuah membabitkan lebih RM20 juta.

Pengarah SPRM Kedah, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata ketiga-tiga suspek itu ditahan di dua lokasi di sekitar Alor Setar dan di Perlis pada kira-kira 10 hingga 11 pagi semalam hasil risikan pihaknya.

Mereka yang ditahan adalah seorang pegawai kanan Imigresen Padang Besar yang berusia 37 tahun, seorang pegawai penguat kuasa Imigresen Padang Besar berusia 34 tahun dan seorang kontraktor berusia 48 tahun.

“Kedua-dua pegawai kanan itu ditahan kerana menerima rasuah daripada kontraktor berkenaan bagi meluluskan pas ekspatriat pengambilan pekerja mahir dan profesional. Setakat ini, sebanyak 339 permohonan yang melibatkan 18,626 pas telah diluluskan.

“Setiap individu membayar kira-kira RM1,500 seorang untuk mendapat kelulusan pas berkenaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

SPRM Kedah turut merampas barangan dan wang bernilai RM1.9 juta yang merangkumi lima kenderaan mewah dan sebuah motosikal berkuasa tinggi, jam tangan dan beg tangan wanita berjenama serta deposit tetap hampir RM1 juta.

Kes disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 20 tahun dan denda lima kali suapan atau RM10,000 atau yang mana lebih tinggi.

Terdahulu, ketiga-tiga suspek dibawa ke Mahkamah Alor Setar pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Penolong Pendaftar Mahkamah Sesyen, Wan Nor Fadzilah Wan Ibrahim membenarkan ketiga-tiga suspek direman selama seminggu bermula hari ini bagi membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan terperinci. – BERNAMA

Tags: ImigresenMohd Fauzi MohamadSPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd