• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

141 Ekor Tenggiling Cuba Di Seludup Ke Luar Dirampas

oleh Ahmad Albab
25/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Sebanyak 141 ekor tenggiling hidup jenis ‘Manis Javanica’ yang dipercayai untuk dIseludup ke luar negeri ini, dirampas oleh Jabatan Perhilitan Kedah dan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Desa Seraya, petang semalam.

Pengarah Jabatan Perhilitan Kedah, Muhammad Ali Che Aman berkata serbuan pada pukul 2 petang itu dilakukan susulan maklumat diterima pihak polis yang mengatakan premis terbabit telah dijadikan sebagai tempat penyimpanan tenggiling sebelum ia dijual.

“Seramai tujuh anggota polis bersama empat anggota Jabatan Perhilitan telah membuat pemeriksaan di premis terbabit dan menemui 141 ekor tenggiling yang merupakan spesies terjadual di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

“Semasa serbuan, seorang lelaki yang menyewa rumah tersebut tiada di rumah dan pemilik rumah telah dipanggil untuk memberi keterangan bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Muhammad Ali berkata kes disiasat di bawah Seksyen 68(2)(a) yang memperuntukkan denda antara RM50,000 hingga RM100,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Mohd Rozi Jidin berkata pihaknya telah menerima aduan berhubung kes itu dan telah membuat serbuan dan berjaya merampas kesemua 141 tenggiling hidup bersama pelbagai barangan seperti bakul, penimbang, jaring dan troli yang dipercayai ada kaitan dengan kes terbabit. – BERNAMA

Tags: tenggiling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tenggiling Mungkin Punca Penularan Koronavirus

08/02/2020
0

BEIJING - Penularan wabak koronavirus di China mungkin disebarkan kelawar kepada manusia melalui pemerdagangan haram tenggiling yang digunakan untuk makanan...

Kedah Lokasi Transit Pilihan Seludup Tenggiling

08/11/2017
0

ALOR SETAR - Ketibaan musim sejuk di China dan Vietnam menjadikan permintaan terhadap tenggiling semakin meningkat sehingga Kedah, yang terletak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd