• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

10 Termasuk Dua KPD Dibebas Jaminan SPRM

oleh Ahmad Albab
28/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sepuluh individu termasuk tujuh anggota polis yang direman bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kegiatan mengutip wang daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di sekitar Melaka dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Anggota polis berkenaan termasuk dua ketua polis daerah yang bertugas di Melaka masing-masing dibebaskan dengan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dalam prosiding reman di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Hari ini, di mahkamah yang sama, Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman membenarkan tiga suspek yang merupakan orang awam dibebaskan dengan jaminan masing-masing sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Kesemua individu yang berumur antara 31 hingga 54 tahun disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.

Sehingga kini, 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis di Melaka ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Bagaimanapun, tiga lagi suspek, iaitu dua pegawai polis berpangkat Deputi Superintenden (DSP) dan Asisten Superintenden (ASP) serta seorang pemandu van yang menjadi orang tengah mengutip wang perlindungan masih ditahan reman.

Pegawai polis berpangkat DSP dari daerah Melaka Tengah direman tujuh hari sehingga 29 Mei ini, pemandu van sehingga 30 Mei manakala pegawai polis berpangkat ASP ditahan reman selama tujuh hari sehingga 31 Mei bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: SPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd