• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zizan ‘Join’ Segmen JoHaRa, Enggan Tutup Rezeki DJ Lain

oleh AK-47
13/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS memeriahkan bidang pengacaraan, pelakon dan pelawak Zizan Razak kini terjun ke konti radio pula dan berharap pertukaran ‘angin’ itu disambut baik oleh pendengar.

Zizan atau nama penuhnya Mohd Razizan Abdul Razak, 33, berkata dia hanya menerima tawaran itu selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusannya bahawa penyampai lain segmen tersebut akan dikekalkan.

Ini kerana, menurut Zizan, dia enggan menutup periuk nasi mana-mana pihak.

“Buat masa ini, eksperimen kami berempat menerima maklum balas positif daripada pendengar, namun saya belum berbincang dengan lebih lanjut mengenai tempoh kontrak.

Buat sementara waktu ini, kita lihat dulu bagaimana penerimaan orang ramai terhadap percubaan ini,” katanya kepada BH Online.

Tambah Zizan, dia menerima tawaran ini pun kerana menganggap ia sebagai pertaruhan untuk mencuba cabang seni yang berbeza dan oleh kerana tiada sebarang penyingkiran yang akan dibuat, dia terus bersetuju untuk menjayakan kolaborasi ini.

“Alhamdulillah, buat masa ini saya semakin selesa dengan tanggungjawab sebagai penyampai radio. Penerimaan yang positif ini membakar semangat saya untuk terus memberikan yang lebih baik lagi,” katanya lagi

Segmen yang popular dengan gelaran JoHaRa itu sebelum ini dikendalikan oleh Johan, Hanif dan Ray.

Biarpun rutin hariannya kini berubah kerana perlu berada di konti awal pagi, Zizan menganggap ia sebagai perubahan sihat dari segi mental dan fizikal beliau. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DJ radioERA fmZizan Razak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gadis Tertipu Dengan Pelukis ‘Amatur’ Di Twitter

Next Post

Liga-M Ditangguh Jika Masih Enggan Lepas Pemain B-23

Related Posts

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

Pengendali Stesen Radio Era FM Dikompaun RM250,000

11/03/2025
0

CYBERJAYA - Pengendali stesen radio Era FM, Maestra Broadcast Sdn Bhd dikompaun RM250,000 bagi kesalahan memuat naik kandungan jelik melampau di...

Zizan Dipuji Netizen Bantu Orang Awam Di Jalanan

01/10/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelawak dan pelakon Zizan Razak dipuji netizen kerana membantu seorang pemandu yang tertidur ketika berada di persimpangan...

Next Post

Liga-M Ditangguh Jika Masih Enggan Lepas Pemain B-23

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd