• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Zarul Lepaskan Kerjaya Pramugara Demi Karier Seni

oleh AK-47
18/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESKIPUN adakalanya rindu kerjaya pramugara yang telah diceburinya selama 17 tahun, namun Zarul tidak boleh pandang ke belakang lagi dan harus mara memperjuangkan aktiviti seninya.

Zarul atau Zairulkefli Husin, 43, berkata, bukan mudah melupakan tugas yang disandang hampir dua dekad, apatah lagi kerjaya itu mengajar dirinya lebih memahami kehidupan.

“Lumrah selepas 17 tahun berkecimpung melaksanakan tanggungjawab, mustahil perasaan rindu tidak pernah hadir. Tambahan pula saya bekerja sebagai pramugara untuk tempoh lama.

“Saya merindui suasana terbang ke luar negara terutama London yang sering saya kunjungi ketika berkhidmat. Boleh dikatakan hampir sebulan sekali saya singgah ke London.

“Walau apa pun, saya tidak pernah menyesal membuat keputusan ini kerana kerjaya nyanyian menjadi minat sejak dulu. Bagi saya setiap pekerjaan mempunyai kelebihan tersendiri,” katanya kepada BH Online.

Selepas memenangi tempat ketiga pertandingan nyanyian Gegar Vaganza musim ketiga, Zarul mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pramugara Malaysia Airlines (MAS) pada hujung tahun lalu.

Zarul Lepaskan Kerjaya Pramugara Demi Karier Seni

Sebelum itu, dia telah mengambil cuti selama tiga bulan bagi memenuhi komitmen terhadap rancangan realiti tersebut.

Selain nyanyian, bakat Zarul juga semakin menyinar dalam bidang lakonan.

Penampilan dalam drama pertama lakonannya berjudul Cik Serba Tahu kini disiarkan menerusi saluran Astro Ria.

“Syukur, percubaan sulung sebagai pelakon mendapat sambutan memberangsangkan. Secara tidak langsung kehadiran saya sebagai pelakon turut mendapat perhatian peminat baharu.

“Saya juga dipilih sebagai hero bagi telefilem berjudul Misteri Sofa Lama yang bakal ditayangkan pada 22 April ini di Astro Citra,” katanya lagi.

Tambah Zarul, dia berasa terharu kerana turut menjadi pilihan penerbit memeriahkan program untuk siaran televisyen sepanjang Syawal nanti. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Zarul Umbrella
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rezeki Mencurah, Zarul Terokai Bidang Lakonan

01/01/2017
0

PINTU rezeki penyanyi Zarul Umbrella semakin terbuka luas selepas penglibatannya dalam Gegar Vaganza 3 (GV3) meskipun hanya mendapat ketiga di...

Zarul Rebah Sebelum Konsert Gegar Vaganza Bermula

21/11/2016
0

KUALA LUMPUR - Melunaskan tanggung jawab mendendangkan lagu Fantasi Musim Cinta hingga layak mara ke pentas separuh akhir musim ketiga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd