MINGGU lalu heboh diperkatakan penyanyi wanita yang menempa nama di Amerika Syarikat, Yuna bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati, Adam Sinclair pada 1 Ogos tahun hadapan.
Bagaimanapun, hari ini penyanyi lagu Penakut itu menafikan perkara tersebut dan menegaskan bahawa mereka masih belum mempunyai perancangan untuk berkahwin.
Baca: Yuna, Adam Sinclair Bakal Nikah Tahun Depan?
“Berhubung desas desus pertunangan dan perkahwinan yang tersebar, itu semua khabar angin semata-mata. Saya setakat ini tidak ada sebarang perancangan. Saya berharap, tiada lagi spekulasi seperti ini,” jelasnya kepada sebuah akhbar tempatan mengenai gosip pernikahannya.

Sebelum ini, api gosip mara mengkhabarkan bahawa penyanyi itu bakal menamatkan zaman bujangnya pada 1 Ogos tahun depan bersama pilihan hatinya.
Walaupun Yuna tidak pernah mensahihkan mahupun menafikan adanya hubungan cinta dengan Adam, namun gambar-gambar yang dimuat naik di dalam Instagram miliknya memberi indikasi bahawa ternyata lelaki itu yang sedang bertakhta di hatinya kini.
Sebelum ini juga Yuna dikatakan telah mengikat tali pertunangan dek kerana Yuna memuat naik gambarnya dan Adam memakai pakaian sedondon. – MYNEWSHUB.CC