• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wujud Keraguan Mohon Tukar Nama Parti Bebas Rasuah

oleh AK-47
19/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Siasatan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) ke atas permohonan Parti Generasi Baru untuk menukar nama kepada Parti Bebas Rasuah (PBR) yang dikemukakan oleh Datuk Mohd Ezam Mohd Nor dan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendapati wujud beberapa keraguan.

Ketua Pengarah ROS Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, surat berdaftar yang dihantar ROS ke alamat pejabat Parti Generasi Baru seperti yang ditulis dalam permohonan untuk menukar nama kepada PBR tidak sampai dan dikembalikan kepada ROS.

“Pasukan penguatkuasaan ROS kemudiannya membuat pemeriksaan di alamat pejabat Parti Generasi Baru dan mendapati bilik mesyuarat di pejabat parti berkenaan yang didakwa menjadi lokasi mesyuarat agung luar biasa (EGM) merupakan premis dan bilik pameran menjual jubin tiga tingkat.

“Siasatan dengan pemilik kedai jubin itu pula mendapati kedai berkenaan sudah beroperasi sejak setahun lalu. Permohonan dikemukakan mendakwa EGM diadakan di lokasi tersebut pada 8 malam 30 Mac dan permohonan untuk menukar nama kepada PBR dikemukakan kepada ROS pada pagi 31 Mac ,” kata Mohammad Razin kepada pemberita di pejabatnya di sini, hari ini.

Katanya keraguan lain yang dikesan pada permohonan berkenaan ialah nombor MyKad seorang daripada anggota jawatankuasa merujuk kepada individu lain manakala pemeriksaan dengan Jabatan Pendaftaran Negara pada MyKad seorang lagi anggota jawatankuasa mendapati individu berkenaan tidak wujud.

Jelas beliau, ROS akan memgambil keterangan daripada beberapa lagi saksi berhubung perkara itu.

“Selagi permohonan tersebut dalam siasatan Mohd Ezam tidak boleh menggunakan nama PBR”, kata Mohammad Razin.

Sebelum ini Bernama melaporkan presiden asal Parti Generasi Baru Datuk G. Kumar Aaman mendakwa partinya telah disalahgunakan oleh Mohd Ezam dani Khairuddin dengan menukar nama parti itu kepada PBR.

Kumar Aaman mendakwa Mohd Ezam dan Khairuddin yang masing-masing presiden dan timbalan presiden PBR didapati melakukan tindakan itu tanpa pengetahuan dan persetujuannya serta kira-kira 300 anggota parti itu kerana tiada sebarang notis atau mesyuarat dibuat.

Sehubungan itu, katanya, satu laporan polis dibuat selain mengemukakan aduan kepada  ROS dengan memohon siasatan lanjut kerana tindakan berkenaan melanggar perlembagaan parti dan undang-undang agensi berkenaan. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohammad Razin AbdullahROS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

Semua Teratur, Muhyiddin Harap ROS Tiada Halangan Luluskan Pindaan

11/03/2024
0

PUTRAJAYA : Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap tiada halangan dan rintangan daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk segera...

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

Pendaftaran MTC Dibatalkan Kerana Isu Tadbir Urus, Langgar Perlembagaan – RoS

26/07/2023
0

KUALA LUMPUR : Pendaftaran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) selepas ia didapati melanggar perlembagaan dan isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd