• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sindiket Palsu Wang: Wanita Asing, 2 Lelaki Ditahan

oleh AK-47
12/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang wanita warga Thailand dan dua lelaki tempatan ditahan polis di sini semalam kerana disyaki terlibat sindiket pemalsuan wang.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata wanita berusia 38 tahun dan lelaki berusia 37 dan 45 tahun itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Metro Pudu di sini dalam satu operasi oleh sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju.

Setelah diperiksa, sejumlah 32 keping not RM100 dipercayai palsu ditemukan daripada mereka dan soal siasat lanjut pula membawa kepada penemuan sebuah mesin cetak, peralatan pemotong kertas dan telefon bimbit pelbagai jenama yang disimpan di sebuah rumah di Cheras, katanya ketika dihubungi Bernama.

“Seorang daripada suspek yang ditahan itu dipercayai dalang kegiatan ini,” katanya.

Mohamad Roy berkata pada Isnin lepas, seorang daripada suspek dipercayai menggunakan sekeping not RM100 palsu untuk membuat pembayaran di tempat letak kereta di sebuah kompleks membeli-belah di Jalan Metro Pudu di sini.

“Hasil laporan dan risikan yang dibuat polis, mereka berjaya ditahan,” katanya.

Mohamad Roy berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan polis.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 489D Kanun Keseksaan kerana membuat atau memiliki alat atau benda bagi pemalsuan mata wang kertas, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun jika sabit kesalahan. – BERNAMA

Tags: Pemalsuan WangSupt Mohamad Roy Suhaimi Sarif
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ditahan 48 Jam Selepas Disyaki Pecah Masuk Rumah

24/10/2017
0

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit kes memecah masuk rumah seorang penjawat awam di Jalan Semarak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd