• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Vietnam Destinasi Ke-6 Larian Baton KL 2017

oleh AK-47
07/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Larian Baton Bangkit Bersama yang diadakan bersempena penganjuran Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 atau lebih dikenali sebagai Kuala Lumpur 2017 akan meneruskan persinggahan di Hanoi, Vietnam pada 9 April ini.

Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA Malaysia (MASOC) dalam satu kenyataan memaklumkan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan akan mengetuai delegasi negara kali ini dalam siri larian keenam.

Beliau akan turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Haslina Abdul Hamid dan Pengerusi Eksekutif Pengurusan MASOC, Shafferi Rejab.

Larian berkenaan dijangka melalui beberapa lokasi bersejarah di Hanoi seperti Ly Thai To Park (lokasi arca patung pengasas bandar Hanoi), Hanoi Moi (New Hanoi) dan Nha Hat lon Hanoi (Hanoi Opera House).

Kenyataan tersebut turut menyebut larian di Vietnam akan turut dimeriahkan dengan penyertaan atlet kebangsaaan negara berkenaan daripada pelbagai acara sukan sebagaimana yang diadakan dalam lima siri larian berkenaan, sebelum ini.

Antaranya pemenang pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016 bagi acara menembak Hong Xuan Vinh, pemenang pingat emas di Sukan Paralimpik Rio 2016 Le Van Cong serta pemenang pingat emas Sukan SEA Singapura 2015 dalam acara lawan pedang iaitu Vu Thanh An.

Sejurus larian itu tamat, baton akan diserahkan kepada wakil tuan rumah seterusnya iaitu Timor Leste dan penyerahan baton tersebut merupakan simbolik sambungan siri larian berkenaan yang menjelajah 10 negara anggota ASEAN.

Larian Baton Bangkit Bersama di Hanoi merupakan kesinambungan daripada larian baton yang diadakan di beberapa negara ASEAN sebelum ini iaitu Thailand, Myanmar, Laos, Filipina dan Brunei yang bermatlamat mempromosikan temasya sukan Kuala Lumpur 2017 kepada rakyat di Asia Tenggara.

Timor Leste akan menjadi destinasi ketujuh dalam siri Larian Baton Bangkit Bersama pada 17 April ini.

Sukan SEA ke-29 dijadual berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos ini manakala Sukan Para ASEAN kesembilan pula dari 17 hingga 23 Sept depan. – BERNAMA

Tags: Datuk M. Saravanan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KBS Tiada Halangan E-Sukan Sebagai Sukatan Pelajaran

03/04/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan pada dasarnya tiada halangan terhadap cadangan menjadikan e-sukan sebagai satu sukatan pelajaran atau...

Ambil Kira Aktiviti Sukan Pemohon Universiti Awam

10/12/2017
0

KUALA NERUS - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) diminta mengambil kira penglibatan pelajar dalam bidang sukan dan ko-kurikulum sebagai antara kelayakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd