• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video Kelahiran Anak Asyraf Khalid, Tya Ariffin Tular

oleh AK-47
04/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

VIDEO yang merakamkan saat-saat kelahiran anak sulung kepada anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Asyraf Khalid dan isterinya, Tya Ariffin telah menjadi tular di laman-laman sosial sejak semalam.

Tya melahirkan bayi lelaki seberat 4 kg kira-kira jam 4.33 petang Jumaat di sebuah hospital swasta di Ampang dekat ibu negara.

Menerusi video berdurasi 2 minit itu, dapat dilihat seluruh ahli keluarga pasangan popular itu berkumpul di dalam wad bersalin untuk menunggu kelahiran bayi lelaki itu.

Kelahiran Arif Jiwa disambut dengan laungan azan yang menenangkan, di samping suara Tya yang menangis selepas bersabung nyawa melahirkan anaknya itu.

Apa yang menyentuh hati kami lagi adalah Asyraf tidak meninggalkan sisi isterinya langsung, malah setia menanti di sebelah wanita itu sambil memegang tangannya.

Video Kelahiran Anak Asyraf Khalid, Tya Ariffin Tular

Semasa Tya selamat melahirkan bayi lelakinya, Asyraf dilihat menitiskan air mata sambil menicum dahi isterinya yang tercinta.

Hati kami tak cukup sado untuk menahan babak sebak itu!

Rata-rata daripada netizen turut memberikan komen positif terhadap video yang bertajuk The Miracle of Birth (Keajaiban Kelahiran) itu.

“Winda Zaki: Alhamdulillah tahniah! Salute anak Dato K ketika laungkan azan 👍.”

“Mien Myasuki: Ketika si isteri tengah kesakitan..si suami melaungkan azan.. tahniah..moga anak Ashraf jadi anak yang soleh nanti.”

“Rahimi Mi: Assalamualaikum.. Semuanya.. Tahniah! Mi ucapkan kepada Dato’ K dan Dato’ Siti Nurhaliza kerana selamat dikurniakan cucu baru.. Alhamdulillah.. Semoga Allah Taala sentiasa memberi rahmat kepada kita semua dan selamat hidup di dunia jua di akhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Semoga kita jumpa lagi..”

Ada juga netizen yang tidak melepaskan peluang untuk menceritakan pengalaman mereka melahirkan bayi di ruangan komen.

Sementara itu, ramai juga yang memuji Datuk Siti Nurhaliza kerana dianggap menghormati bekas isteri suaminya, Tengku Zawiyah sebagai ibu kandung Asyraf dengan memberikan ruang kepada wanita itu untuk memegang cucunya buat kali pertama.

“Ainaa Narzeeha Aminuddin: Kalau perasan. Masa last kat video ni nampak Dato’ K pegang cucu dia. Keliling dia semua family dia. I dont know which was her prev wife. Tapi rasa mesti ada situ.

“Dan siti. Ada kat belakang. What I’m trying to say. Bagusnya Siti. Sangat prihatin. Bagi ruang pada family tu untuk rai saat bermakna tu. Memang depa satu family juga. Tapi tu lah. Siti sangat bertimbang rasa. Dulu penah terbaca satu caption gambar kawen Siti, “puteri bangsa”.

“Mungkin dia dah tengok, atau belum tengok baby tu. Takpa. Tak kisah lah. Tapi itulah.

“No wonder. Akhlak dia baik 🙂

“If you know what I meant 🙂

“Fateen Nadia Rasli: Saya pun perasan benda yang sama. Masa mula tengok video ni, di hujung2 video ni nampak Dato’ Siti sorang2 kat belakang. Respect Dato’ Siti.. 😊.”

Apa-apa pun, kami salute betul dengan Asyraf kerana begitu bertanggungjawab terhadap cahaya mata dan isterinya. Berhabuk mata kami menonton video ini! – MYNEWSHUB.CC

Tags: bayiDatuk Siti Nurhaliza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

Bayi 6 Bulan Ditemukan Meninggal Dunia Di Rumah

26/01/2026
0

GEORGETOWN: Bayi lelaki berusia enam bulan ditemukan meninggal di rumahnya, dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Ayer Itam, di sini,...

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

Bayi Setahun Maut Selepas Tak Sedar Di Rumah Pengasuh, Ada Cedera Pada Abdomen – Polis

11/12/2025
0

SEREMBAN: Bayi perempuan berusia setahun meninggal dunia selepas dikatakan diambil ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri dari rumah pengasuh dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd