Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

JPKK, JPKKP Bakal Ditubuhkan...

KUALA LUMPUR : Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) serta Jawatankuasa Pembangunan dan...

Russia Tingkatkan Serangan Di...

KYIV: Harapan bagi gencatan senjata menjelang sambutan Easter kian pudar apabila pihak berkuasa...

Syurga Peminat Bundle Dan...

BUNDLE dan vintaj memang sinonim. Ada sikit beza dalam terma bahasa. Namun secara...

“Jangan Gelar Pesakit Mental...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berasa kesal dengan stigma...

Video: Cabut Lari Lepas Langgar Aunty Lintas Jalan

GEORGE TOWN – Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang wanita dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Jalan Burmah, tengah hari.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.24 tengah hari itu, mangsa yang dipercayai berusia lingkungan 50-an cedera parah di bahagian kepala dan kini masih menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Menerusi rakaman video berdurasi 12 saat, warga emas berkenaan pada mulanya dilihat cuba melintas jalan setelah sebuah kereta berhenti bagi memberikan ruang untuk wanita itu melintas.

Malangnya penunggang motosikal jenis Honda RS150 itu, tidak pula berhenti dan terus merempuh mangsa. Akibat daripada rempuhan itu, mangsa tercampak sebelum terjatuh.

Penunggang motosikal terbabit kemudiannya terus berlalu pergi tanpa menghiraukan keadaan mangsa yang cedera.


Video: Cabut Lari Lepas Langgar Aunty Lintas Jalan

Kejadian yang berjaya dirakamkan itu kemudian dimuat naik ke media sosial agar orang ramai dapat membantu mengesan penunggang motosikal terbabit.

Lapor akhbar tempatan, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash berkata pihaknya sedang mengenal pasti nombor pendaftaran motosikal suspek dan usaha menjejakinya sedang giat dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MYNEWSHUB.CC

Kategori