• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UUM Singkir Siswa Terlibat Kumpulan Tidak Bermoral

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Universiti Utara Malaysia (UUM) tidak akan berkompromi dan bakal mengambil tindakan dengan menyingkir mahasiswa pusat pengajian itu yang didapati menyertai kumpulan tidak bermoral seperti kongsi gelap dan samseng.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata pihak universiti mempunyai peraturan ketat yang perlu dipatuhi oleh mahasiswa bagi mengelakkan mereka terlibat dengan kegiatan termasuk kumpulan militan yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Ada kes yang mana pelajar universiti menjadi keldai dadah selain mempelajari ilmu berkaitan militan melalui laman media sosial. Kadang-kadang mereka sendiri tidak sedar perkara yang mereka lakukan itu salah.

“Kalau tidak dibendung kita bimbang ia akan menjadi lebih serius. Saya nasihatkan semua mahasiswa UUM supaya lebih berhati-hati sebelum menyertai mana-mana kumpulan atau aktiviti yang diadakan,” katanya kepada pemberita hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Pelancaran Program Kesukarelawan Mahasiswa UUM ke Institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (V2i) di Taman Sinar Harapan (TSH) di sini, hari ini.

Mohamed Mustafa yang juga Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN) berkata pihaknya tidak menafikan agak sukar untuk mengawal segala aktiviti pelajar dalam penggunaan media sosial.

“Platform media sosial ini besar jadi susah nak kawal. Kalau pelajar tidak bijak menggunakan media sosial dengan betul kemungkinan untuk mereka terpengaruh dan terjebak dengan aktiviti jenayah tinggi,” katanya.

Tambahnya, daripada terlibat dengan kegiatan yang tidak mendatangkan kebaikan, mahasiswa digalakkan untuk menyertai aktiviti berfaedah seperti Sukarelawan Ke Institusi (V2i). – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa IshakUUM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

UUM: Tiada Bukti Vinosiny Maut Akibat Renjatan Elektrik

07/05/2024
0

Universiti Utara Malaysia (UUM) berhujah laporan bedah siasat polis dan siasatan bebas Suruhanjaya Tenaga (ST) tidak menunjukkan bukti pelajar S...

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

134 Pelajar UUM Terima Komputer Riba

28/06/2022
0

SINTOK - Seramai 134 pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) dari golongan berpendapatan rendah (B40) menerima komputer riba sumbangan FWD Takaful...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd