• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggu Laporan Penuh Kes Kematian Pelajar Tahfiz

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan kini menunggu laporan perubatan penuh dari Hospital Sultan Ismail (HSI) berhubung punca kematian pelajar tahfiz Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi , kata menterinya Datuk Seri Dr. S. Subramaniam.

Beliau berkata laporan bedah siasat, yang mengambil masa kira-kira dua minggu untuk siap, kemungkinan akan memberitahu sama ada pelajar berusia 11 tahun itu mengalami masalah kesihatan lain yang mungkin memburukkan lagi keadaannya.

“Saya tidak boleh memberitahu punca kematian tanpa laporan perubatan penuh. Kita tahu ada bukti kecederaan, pendarahan di bawah kuilit, darah beku yang kemungkinan boleh menyebabkan jangkitan.

“Jadi, semua ini adalah kemungkinan yang boleh menyebabkan kematian. Tetapi saya perlu mendapatkan laporan perubatan penuh daripada mereka yang merawatnya sebelum saya boleh memberitahu apa-apa,” kata beliau ketika ditemui pemberita di kementerian di sini hari ini bagi mengulas kematian pelajar itu yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas menjalani pembedahan untuk memotong kedua-dua belah kakinya.

Keadaan Mohammad Thaqif Amin yang dimasukkan ke hospital Rabu lepas menjadi tular di media sosial selepas mengalami kesakitan kerana didakwa dipukul oleh seorang pembantu di asrama sekolah tahfiz itu di Kota Tinggi, Johor. Allahyarham meninggal dunia pada 2.05 petang tadi di hospital.

Dr. Subramaniam berkata kementerian akan mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan pra perubatan pelajar tersebut dan punca kematian dalam masa dua minggu.

Kepada soalan lain, beliau berkata: “Setakat yang kita tahu, para doktor di HSI telah cuba melakukan yang terbaik untuk menyelamatkannya, malangnya pelajar itu meninggal dunia walaupun mereka telah melakukan yang terbaik. Ini amat malang.” – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.SubramaniamMohamad Thaqif Amin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd