• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tubuh Perbadanan Stadium Elak Projek ‘Gajah Putih’

oleh AK-47
10/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Kerajaan negeri bercadang menubuhkan Perbadanan Stadium Perak bagi mengawal selia dan menyelenggara kemudahan dan prasarana sukan selepas penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Exco Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri, Datuk Shahrul Zaman Yahya berkata perbadanan itu ditubuhkan bagi mengelak kemudahan sukan sedia ada di seluruh Perak menjadi projek ‘gajah putih’.

Katanya, menerusi penubuhan itu, kemudahan dan prasarana sukan boleh terus digunakan untuk acara lain, bukan hanya untuk acara sukan semata-mata.

“Dengan adanya Perbadanan Stadium Perak ini, kita berharap prasarana sukan ini yang lebih membabitkan kos, dapat ditukar menjadi pusat yang menjana keuntungan.

“Contohnya kerajaan Persekutuan menukar Kompleks Sukan Bukit Jalil menjadi ‘Bandaraya Sukan KL’ yang mana elemen komersial giat dijalankan bagi memastikan prasarana tidak hanya digunakan untuk acara sukan malah sentiasa didatangi pengunjung,” katanya.

Shahrul Zaman berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin (BN-Manjoi) pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Dalam pada itu, mengulas persiapan infrastruktur bagi semua gelanggang sukan menjelang Sukma 2018, Shahrul Zaman berkata kerajaan negeri telah memulakan proses mengenal pasti venue pertandingan merangkumi pengelolaan di seluruh Perak.

Beliau berkata penyediaan infrastruktur diselia Jabatan Kerja Raya yang mengkaji aspek keperluan gelanggang untuk dibaik pulih, dinaik taraf, selenggara atau pembinaan baharu.

“Antara infrastruktur yang giat dijalankan ialah kompleks renang yang kini mencecah 23 peratus kerja pembinaan dan dijangka siap Februari tahun depan, kompleks lapang sasar menembak di Chepor dijangka siap pada Disember 2017.

“Sementara itu, kompleks badminton, skuasy, Stadium Indera Mulia kini dalam proses menaik taraf yang telah bermula sejak awal tahun ini,” katanya.

Sementara itu, dalam sesi penggulungan titah ucapan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah, Shahrul Zaman berkata Perak menyasarkan 60 pingat emas pada Sukma akan datang.

“Ia nampak macam mustahil tapi ada kemungkinan kita boleh lakukannya. Kita akan menfokuskan kepada sukan tertentu untuk mencapai sasaran itu dan Perak mempunyai kekuatan dalam olahraga,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Shahrul Zaman Yahya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perak Naikkan Insentif Pemenang SUKMA 2018

21/11/2017
0

IPOH - Kerajaan negeri akan menaikkan bayaran insentif kemenangan pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2018 sebagai rangsangan buat atlet bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd