SEREMBAN – Aliran trafik di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan mengalami kesesakan luar biasa sejauh 15 kilometer selepas susur keluar Bangi menuju ke Hentian Rawat dan Rehat (RnR) Nilai.
Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata kesesakan ini berpunca kerana terdapat upacara yang berlangsung di Nirvana Memorial Park, Nilai.
“Keadaan pada masa ini masih lagi berlaku kesesakan dan pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif,” katanya di sini, hari ini.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

