• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tony Pua Besar Kepala Enggan Mohon Maaf

oleh AK-47
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sangat jelas pemimpin DAP semakin lama semakin besar kepala di bumi bertuah Malaysia!

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua Kiam Wee dengan angkuh menegaskan beliau tidak akan meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membuat rakaman video yang memfitnah Najib berhubung pembentangan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355).

Tony Pua yang merupakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut menegaskan beliau tidak akan menarik balik dakwaan itu dan memadam rakaman video tersebut.

Beliau mendakwa kononnya membuat dakwaan itu berlandaskan fakta-fakta yang kukuh seperti dilaporkan media asing iaitu The Sarawak Report dan Wall Street Journal.

“Saya akan tidak menarik balik kenyataan itu, keluarkan video dan memohon maaf secara terbuka kepada Perdana Menteri,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini membentangkan RUU 355 di Parlimen yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah.

Perbahasan RUU 355 yang sepatutnya diadakan selepas pembentangan itu terpaksa ditangguhkan pada sesi akan datang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat ekoran provokasi melampau Ahli Parlimen DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam membantah RUU 355.

Perkembangan itu menyaksikan Pakatan Harapan dikecam sebilangan besar umat Islam negara ini menyebabkan bekas Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba-tiba membuat pusingan U kononnya beliau menyokong RUU 355 dipercayai untuk menyelamatkan partinya.

Abdul Hadi kelmarin turut mengingatkan umat Islam negara ini terdapat pihak tertentu dalam negara menjadi tali barut kuasa asing untuk mengubah landskap politik negara ini supaya sejajar dengan ideologi barat.

Perdana Menteri pula semalam menuntut Tony Pua memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnah yang dimuat naik di laman Facebook beliau.

Peguam Datuk Mohd. Hafarizam Harun yang mewakili Najib dalam kapasiti peribadinya, berkata surat tuntutan tersebut telah diserahkan kepada Tony Pua pada 4.45 petang semalam.

Kenyataan fitnah yang dinyata dan diterbitkan oleh Tony Pua pada 6 April, 2017, bertajuk “BN Govt Abandons all Bills to give precedence to PAS RUU 355 Private Member’s Bill”.

(Kerajaan BN mengabaikan semua Rang Undang-Undang bagi memberi keutamaan kepada Rang Undang-Undang Ahli Persendirian RUU 355 oleh PAS). – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAPTony Pua Kiam Wee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd