• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Ingatkan Pahang Pernah Tewas 6-0

oleh AK-47
11/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) Pahang FC, Fahrizal Hasan bahawa Pahang pernah dibelasah 6-0 di laman sendiri.

Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) berkata, perlawanan tersebut tertulis dalam buku sejarah Pahang sebagai kekalahan paling teruk di laman sendiri dan nyaris menyebabkan pasukan tersebut tersingkir ke liga bawah.

“Alhamdullillah Tengku Muda Pahang telah meletakkan kembali Pahang sebagai salah satu kuasa besar bola sepak di Malaysia. Bola sepak Malaysia memerlukan pasukan kuat seperti Pahang, Kedah, Selangor, Kelantan dan Felda.

“Ianya bagus untuk bola sepak kita. Jadi, kepada bekas CEO tersebut, lain kali bila nak bercakap tentang orang lain, cermin muka sendiri terlebih dahulu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tunku Ismail berkata demikian ekoran tidak berpuas hati dengan kenyataan lima patah perkataan `Sibuk bodek sampai kena belasah” oleh Fahrizal di Twitter.

Kenyataan itu dianggap menyindir ada individu yang sibuk membodek orang atasan dalam FAM sehingga pasukan Melaka United kalah teruk.

Melaka United mencatatkan kekalahan memalukan apabila tewas 7-0 kepada JDT dalam aksi Liga Super di Stadium Larkin baru-baru ini.

Kemenangan besar JDT itu sekali gus memberi harapan besar buat bola sepak Johor memintas Pahang dan Kedah bagi mendahului carta Liga Super sekiranya berjaya mengalahkan Kelantan di Kota Bahru, Kelantan Rabu ini. – MYNEWSHUB.CC

Tags: FAMTunku Ismail Sultan Ibrahim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sara Ali Buka Tudung, Akui Tak Ikhlas Pakai

Next Post

Perhilitan Tangkap Gajah Jantan Ceroboh Kebun Getah

Related Posts

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

Fitri Jadi Pengadil Pertama Dalam Sejarah Dipecat FAM

16/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Sejarah baharu tercipta dalam arena kepengadilan negara selepas Fitri Maskon menjadi pengadil pertama dipecat daripada semua tugasan oleh...

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

FAM Ambil Tindakan Insiden Perbalahan Arif Aiman, Tommy Mawat

11/11/2024
0

PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) memandang serius insiden perbalahan yang berlaku antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi dan...

Next Post

Perhilitan Tangkap Gajah Jantan Ceroboh Kebun Getah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd