• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Sebab Terus Tahan 3 Suspek Korea Utara – KPN

oleh
02/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembebasan tiga warga Korea Utara yang dikehendaki bagi siasatan berhubung pembunuhan Kim Jong Nam apabila dibenarkan meninggalkan Malaysia akhirnya didedahkan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihak berkuasa tiada sebab untuk terus menahan mereka bertiga yang bersembunyi di Kedutaan Korea Utara di sini setelah polis selesai merakamkan kenyataan mereka.

“Mereka tidak lagi diperlukan bagi siasatan polis. Kami mahukan bantuan mereka kerana kebetulan mereka dilihat menerusi rakaman kamera litar tertutup berada di beberapa lokasi di Klia2, Sepang pada hari kejadian 13 Februari.

“Jadi sekarang mereka sudah pun selesai memberikan penjelasan dan pihak kami berpuas hati kerana sudah siasat mereka, sebab itu mereka kami membenarkan mereka pergi,” tegas Khalid pada sidang media di sini semalam.

Beliau namun tidak memberikan sebarang komen lanjut sama ada pembebasan warga Korea Utara itu adalah sebahagian daripada perjanjian rahsia sebagai menggantikan sembilan warga Malaysia yang terkandas di sana.

Kesemua mereka kemudian selamat tiba di Malaysia pada awal Jumaat setelah berlepas dari Pyongyang lewat Khamis, serentak dengan keranda Jong-nam dan tiga suspek tersebut menaiki pesawat menuju ke Beijing, China.

Khalid dalam pada itu turut menolak dakwaan pihak tidak bertanggungjawab konon siasatan jenayah terjejas disebabkan perundingan pasukan Malaysia dengan pemerintah rejim komunis Korea Utara baru-baru ini.

Mayat Jong Nam, iaitu abang tiri kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, diterbangkan pulang ke Korea Utara melalui Beijing atas permintaan ahli keluarganya sendiri, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Korea Utara meminta untuk diserahkan mayat lelaki yang dibunuh itu tetapi Malaysia enggan berbuat demikian ketika siasatan polis dijalankan dan sewaktu ahli keluarganya sedang tampil ke hadapan memberi sampel DNA.

Khalid dalam perkembangan sama turut menegaskan pihaknya masih mahu Korea Utara untuk menyerahkan empat rakyatnya yang berjaya bolos meninggalkan Malaysia secara tergesa-gesa pada hari pembunuhan tersebut.

Beliau turut berkata bahawa lebih ramai suspek sudah pun dikenal pasti tetapi enggan mendedahkan lagi siapakah identiti mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: khalid abu bakarKim Jong-NamKorea Utara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

HWASONG-20 – Dipercayai Mampu Cecah AS

12/10/2025
0

KOREA UTARA PAMER PELURU BERPANDU ANTARABENUANYA TERKINI, HWASONG-20 - Dipercayai Mampu Cecah AS PYONGYANG, 11 Okt – Korea Utara sekali...

Korea Utara Kutuk Serangan AS

Korea Utara Kutuk Serangan AS

23/06/2025
0

SEOUL: Korea Utara hari ini, mengecam serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas fasiliti nuklear Iran yang disifatkan pelanggaran serius terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd