• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Jururawat HSA Diculik – KP Johor

oleh Ahmad Albab
05/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Polis Johor hari ini menyangkal khabar angin mengenai kejadian penculikan, baru-baru ini, yang kononnya melibatkan seorang jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd. berkata hasil siasatan polis mendapati kejadian tersebut bukannya culik, sebaliknya merupakan masalah peribadi.

“Kes yang tular di laman sosial itu bukanlah kes culik kerana kalau kes culik, jururawat tersebut mestilah dilarikan tanpa kerelaan dan penculik pula mesti membuat tuntutan wang tebusan dan sebagainya.

“Hasil siasatan polis mendapati jururawat berkenaan sebenarnya telah melarikan diri bersama seorang lelaki yang dipercayai bekas tunangnya.

“Keluarga kedua-dua belah pihak juga telah maklum mengenai perkara tersebut dan pihak polis kini masih menjalankan siasatan untuk mengesan mereka berdua,” katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Derma Darah bersempena Peringatan Hari Polis ke-210 Peringkat Kontinjen Johor, di sini hari ini, beliau jururawat itu dan bekas tunangnya, masing-masing berusia lingkungan 30-an, kini dipercayai sudah keluar dari negeri ini.

Beliau berkata polis sudah mengenal pasti identiti bekas tunang jururawat berkenaan dan usaha sedang dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kedua-dua mereka sudah bertindak keluar dari negara ini.

“Kes ini tidak diklasifikasikan sebagai culik, ia lebih kepada masalah di antara keluarga. Kita juga telah meminta bantuan daripada kontinjen lain dan kalau berjaya ditahan, kita akan kenakan hukuman berdasarkan kesalahan apa yang telah dilakukan,” jelasnya.

Sementara itu, mengenai kempen derma darah yang menyasarkan 200 penderma berkenaan, Wan Ahmad Najmuddin berkata ia merupakan program tahunan Polis Diraja Malaysia Kontinjen Johor dengan kerjasama Hospital Sultan Ismail di sini. – BERNAMA

Tags: HSAjururawat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

11/09/2024
0

Kota Bharu : Jururawat yang dipercayai memberi susu kepada bayi lelaki berusia 30 hari sebelum mangsa didapati meninggal dunia di...

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/09/2024
0

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd