Sample Page Title

KOTA BHARU – Tiada jangkitan baharu penyakit selesema burung (H5N1) dikesan di Kelantan sejak sembilan hari lalu, menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV).

Setakat ini lokasi disahkan positif wabak itu kekal 36 lokasi di enam jajahan iaitu Kota Bharu (15 lokasi), Pasir Mas (enam), Tumpat (lima), Bachok (enam), Pasir Puteh (tiga) dan Tanah Merah (satu).

Secara keseluruhan, 56,953 ternakan unggas dan 17,531 biji telur dilupuskan setakat semalam serta 3,792 sampel diambil daripada 647 pemilik ternakan unggas.

Melalui sekatan jalan raya di negeri ini, sejumlah 5,196 kenderaan diperiksa dan 30 kes rampasan dilakukan melibatkan 165 ekor unggas.

Menurut kenyataan JPV, tiada kes jangkitan dikesan di kalangan manusia setakat ini manakala ayam pedaging dan telor yang dijual di pasaran adalah selamat untuk dimakan.

Kerajaan Kelantan pada 15 Mac lepas mengisytiharkan H5N1 sebagai bencana negeri selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan di Kampung Pulau Tebu, Tunjong di sini pada 6 Mac lepas. – BERNAMA

Kategori

Artikel Berkaitan

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...