• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Buang Bayi: Teman Lelaki Dibebas Dengan Jaminan

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Teman lelaki kepada penuntut wanita yang disyaki terlibat dalam kes penemuan mayat bayi di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Bukit Kayu Hitam pada Khamis lepas dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, Datuk Mohd Nashir Ya berkata suspek berusia 19 tahun itu dibebaskan selepas keterangannya diambil.

Suspek yang berasal dari Pendang ditahan kira-kira 11 pagi semalam di sekitar Jitra bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Penahanan remaja itu dilakukan susulan penahanan semula teman wanitanya yang berusia 20-an semalam selepas dibebaskan pada Ahad lalu, apabila polis mengklasifikasikan kes pembuangan bayi itu sebagai kes bunuh dan disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu kes diklafikasikan sebagai menyembunyikan kelahiran dengan melupuskan mayat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, namun bedah siasat menunjukkan bayi lelaki itu masih hidup semasa dilahirkan.

Media sebelum ini melaporkan orang awam menemukan mayat bayi itu di dalam mangkuk tandas di IPTA terbabit sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu.

Suspek wanita dari Sungai Petani itu ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital awam.

Polis juga mendapat perintah tahanan reman wanita itu selama tujuh hari bermula semalam. – BERNAMA

Tags: Datuk Mohd Nashir Ya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd