• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tak Semua Orang Senang Lihat Rakyat Johor Bersatu

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – “Tidak semua orang senang melihat rakyat Johor bersatu dan rapat dengan keluarga DiRaja Johor,” titah Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Baginda bertitah mengetahui ramai individu yang berkuasa atau sesetengah parti politik yang kurang senang dengan muafakat negeri Johor.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi contoh ada laman sukan bola sepak dan laman sosial umum menggunakan nama Johor tetapi diuruskan oleh bukan rakyat Johor cuba melaga-lagakan rakyat Johor.

“Saya dimaklumkan terdapat banyak ‘fake account’ yang sengaja diada-adakan dan digunapakai untuk memecahbelahkan perpaduan antara satu sama lain. Inilah yang di panggil parti politik ‘cyber troopers’,” titah baginda dalam satu kenyataan di laman Facebook semalam.

Justeru, Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) meminta rakyat Johor tidak termakan umpan pihak yang cuba memecahbelahkan mereka.

Tunku Ismail sebelum ini mengkritik laman Facebook tidak rasmi JDT kerana didakwa ingin memecahbelahkan penyokong JDT sedangkan ada dalam kalangan mereka bukan rakyat Johor.

JDT dikritik sebilangan penyokongnya sendiri berikutan pretasi hambar dalam aksi Liga Malaysia musim ini yang didakwa berpunca daripada pemecatan bekas jurulatih Mario Gomez.

Laman Facebook tidak rasmi JDT pula mempersoalkan kemampuan jurulatih baharu Benjamin Mora selepas pasukan itu gagal mempertahankan Piala Sumbangsih dan Piala FA musim ini.

Prestasi tidak menentu JDT turut menyebabkan bilangan penyokong JDT di stadium berkurangan sebelum Boys of Straits atau B.O.S menyanyikan chant memerli penyokong JDT.

Perbuatan itu mengundang perbalahan yang lebih ketara berhubung prestasi JDT dalam kalangan penyokongnya di media sosial. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TMJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

Payah Juga Bila Hubungan Baik Ditafsir Sebagai Pengawalan Istana Ke Atas Sesuatu Pihak

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub JOHOR BAHRU – Dakwaan Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa UMNO Johor kononnya dikawal oleh Istana Johor boleh...

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

PM Anwar Datang Mengadap TMJ

22/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  KUALA LUMPUR, 22 Jun — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadap Pemangku Sultan Johor, DYAM Tunku Mahkota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd