• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Syria Terkejut Cuma 6 Maut Dibedil 59 Tomahawk AS

oleh
07/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Jika dilihat gaya angkuh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam ketika mengumumkan serangan ke atas Syria, ramai menjangka angka kematian yang cukup besar.

Malangnya apa yang berlaku, bukan sahaja lucu tetapi menjadi bahan jenaka pihak keselamatan Syria apabila angka korban serangan 59 peluru berpandu canggih Tomahawk oleh tentera AS hanya enam orang termasuk empat askar.

Baki dua lagi mangsa ialah orang awam manakala tujuh cedera apabila Pangkalan Udara Shayrat dibedil peluru berpandu dilancarkan dari dua buah kapal tentera laut AS iaitu USS Porter dan USS Ross di Laut Mediterranean.

Markas tentera udara di Homs, terletak kira-kira 145 kilometer dari ibu kota Damsyik itu, menempatkan 40 buah pesawat penggempur antaranya jenis MiG21 MF dan Sukhoi 22M buatan Rusia; daripada tiga skuadron berbeza.

Lebih lucu, pihak Jabatan Pertahanan AS atau Pentagon di Washington DC sempat lagi memberi peringatan awal menerusi Rusia sebagai persiapan agar tentera Syria dapat memindahkan puluhan jet tempur ke pangkalan lain.

Agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, jurucakap tentera Syria yang membuat pengumuman melalui stesen televisyen berkata, serangan dilancarkan bermula pukul 3.42 pagi waktu tempatan (8.42 pagi waktu Malaysia).

“Serangan ganas AS terhadap pangkalan kita di wilayah tengah, membunuh enam orang, mencederakan sejumlah lagi dan menyebabkan kerosakan teruk,” katanya tanpa menyatakan sama ada tentera atau orang awam terbunuh.

Baca: Trump Arah Lancar 59 Peluru Berpandu Serang Syria

Juga: Serangan Kimia – AS Sedia Bertindak Ke Atas Syria

Sebelum ini, Pertubuhan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain dilaporkan menyatakan antara mangsa yang terbunuh itu ialah empat tentera Syria, termasuk seorang pegawai kanan bertaraf komander.

Trump mengarahkan tentera AS melancarkan peluru berpandu terhadap Shayrat yang dikatakan menjadi hab untuk pesawat melancarkan serangan senjata kimia di Khan Sheikhdum, Idlib, Selasa lalu, menyebabkan 86 orang maut.

Serangan biologi tentera rejim Presiden Bashar al-Assad itu menerima kutukan masyarakat antarabangsa selepas tular visual rakaman menunjukkan suasana ngeri mangsa termasuk kanak-kanak menggelupur akibat kesan kimia.

Dalam pada itu, Gabenor Homs, Talal Barazi, berkata pangkalan udara itu menyediakan bantuan udara untuk operasi tentera Syria terhadap militan Daesh di timur Palmyra serta melakukan serangan terhadap pemberontak.

Bercakap kepada stesen TV Syria, beliau berkata: “Kepimpinan dan dasar Syria tidak akan berubah. Serangan ini bukan yang pertama kali dan saya percaya ia bukan yang terakhir. Perang menentang pengganas akan diteruskan.”

Sementara itu, agensi berita Interfax yang memetik Ahli Parlimen Rusia, Dmitry Sablin mengesahkan tiada tentera negara tersebut yang cedera dalam serangan dramatik AS berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Syria
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

JKDM Rampas Dadah Bernilai RM1.09 Juta Dari Dhaka

Next Post

Khairy Ucap Tahniah Kepada SPRM, Harap Jadi Pengajaran

Related Posts

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

Pergolakan Di Syria: Kerajaan Belum Berhasrat Bawa Pulang Rakyat Malaysia

18/12/2024
0

PUTRAJAYA : Kerajaan belum berhasrat membawa pulang lebih 50 rakyat Malaysia termasuk pelajar yang kini berada di Syria susulan kejatuhan...

Sabah Diramal Alami Pengurangan Hujan Tahun Depan – Armizan

2 Lapangan Terbang Utama Syria Henti Operasi

22/10/2023
0

DAMASCUS: Perkhidmatan dua lapangan terbang utama di Syria terpaksa dihentikan selepas serangan dilakukan Israel hari ini, lapor media kerajaan yang...

Next Post

Khairy Ucap Tahniah Kepada SPRM, Harap Jadi Pengajaran

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd