• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sultan Muhammad V Dimasyhur Canselor UiTM

oleh Ahmad Albab
16/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-5 hari ini.

Istiadat pemasyhuran berlangsung pada Istiadat Konvokesyen ke-86 universiti itu di kampus induk UiTM di sini.

Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada baginda oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh.

Pemasyhuran baginda sebagai Canselor UiTM adalah berdasarkan Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi Mara 1976 (Akta 173) yang memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam titah ucapan baginda, Sultan Muhammad V menzahirkan kesyukuran kerana diberi kesempatan untuk menabur bakti kepada sebuah institusi pendidikan tinggi yang mempunyai sejarah perjuangan cukup panjang.

Baginda turut berbangga dengan peranan besar yang dimainkan UiTM dalam melahirkan modal insan Bumiputera yang berkualiti, cemerlang dan terbilang.

“Beta sentiasa percaya jika sesuatu bangsa itu ingin mengubah atau berhadapan dengan cabaran dan mahu pula mengatasi cabaran tersebut dengan jayanya, maka aset yang paling penting adalah sumber manusia yang berilmu pengetahuan.

“Beta yakin UiTM adalah peneraju utama kepada sumber modal insan Bumiputera yang menjadi momentum kepada perubahan taraf sosial dan ekonomi di Malaysia,” titah baginda.

Sultan Muhammad V juga menzahirkan rasa amat gembira kerana dapat bersama warga UiTM ketika universiti sedang melangkah ke arah merealisasikan hasrat untuk menjadi sebuah universiti unggul, bertaraf dunia menjelang tahun 2020.

Baginda bagaimanapun mengingatkan UiTM supaya berusaha untuk kekal menjadi sebuah institusi utama dalam menjaga kepentingan golongan Bumiputera.

Sultan Muhammad V menggantikan Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 12 Disember lepas. – BERNAMA

Tags: Sultan Muhammad VUiTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

Kumpulan Pelajar Berpakaian Mirip KKK, Ini Penjelasan UiTM

15/04/2025
0

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjelaskan penggunaan pakaian menyerupai kostum tertentu oleh sekumpulan pelajar di Kampus Dengkil baru-baru ini...

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

‘Kita Sedia Atur Jumpa Keluarga Mangsa, Tapi Biarlah Pertemuan Itu Pada Masa Sesuai…’ – UiTM

12/10/2024
0

DUNGUN: Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu bersedia mengatur pertemuan antara suami wanita yang terbabit dalam kemalangan mengorbankan tiga pelajar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd