Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Gadis Dilapor Hilang Ditemui...

JOHOR BAHRU - Nur Atikah Mohd Sharin, 21, gadis yang dilaporkan hilang sejak...

Lawan Ombak 4 Hari...

PENASIHAT Kelab Ekspedisi Tujuh Benua Malaysia (KE7B), Datuk Akmar Hisham Mokhles tiba di...

Isteri Ikhwan Kool FM...

PELAKON dan penyampai radio Kool FM, Ikhwan reda dan menganggap belum rezeki untuk...

Raja Muda Perlis Lancar...

KUALA PERLIS - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan...

Sukan SEA: Memanah Jadi Sandaran Pingat Emas Sulung

KUALA LUMPUR – Sukan memanah mengambil alih prospek terbaik penyumbang pingat emas sulung Sukan SEA Ke-29 selepas proses kemas kini jadual pertandingan dibuat berikutan perubahan tarikh penutup temasya dwitahunan pada 30 Ogos.

Perubahan jadual itu menyaksikan skuad compound menggantikan skuad renang berirama untuk merebut pingat emas sulung negara pada 16 Ogos, iaitu tiga hari sebelum temasya Sukan SEA dibuka secara rasmi.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 (MASOC), Datuk Seri Zolkples Embong berkata selepas dimuktamadkan hari ini, sebanyak 17 jenis sukan membabitkan 25 disiplin mengalami perubahan susulan pertukaran jadual pertandingan.

Katanya, keputusan untuk merombak semula jadual dibuat selepas MASOC bermesyuarat dan berbincang dengan pemegang taruh termasuk Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Majlis Sukan Negara (MSN), persatuan-persatuan sukan kebangsaan dan penyiar rasmi yang akan melibatkan liputan secara langsung.

“Selaku tuan rumah kita mengharapkan permulaan yang baik, dan kita melihat acara memanah compound individu lelaki dan wanita mempunyai harapan cerah. Tidak ketinggalan juga sepak takraw chinlone yang kita sasarkan untuk mendapat pingat pada hari pertama.

“Tujuh belas jenis sukan yang terlibat, tidak sampai 50 peratus daripada 38 jenis sukan yang dipertandingkan.​​​​ Ia membabitkan 25 disiplin dan jika dilihat daripada segi bilangan hari pula, ada hari-hari yang tidak membabitkan sebarang perubahan iaitu sebanyak empat hari daripada keseluruhan 17 hari pertandingan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Untuk rekod, skuad memanah negara meraih empat daripada lima pingat emas yang dipertandingkan pada temasya di Singapura dua tahun lepas.

Menurut Zolkples sebanyak 14 pingat emas ditawarkan sebelum pembukaan rasmi Sukan SEA ke-29 diadakan pada 19 Ogos.


Antara jenis sukan yang terbabit dalam perubahan jadual adalah akuatik (terjun dan open water swimming), badminton, boling, kriket, berbasikal (trek, lebuh raya, BMX), ekuestrian (polo), bola sepak (lelaki/wanita), futsal (lelaki/wanita), hoki (lelaki/wanita), luncur ais (figure/short track speed), muay thai, bola jaring, sepak takraw, skuasy, taekwondo, triathlon, luncur air & wakeboard serta angkat berat.

Sementara itu, Zolkples berkata pendaftaran nama atlet akan mula dibuka pada 16 Mei dan kesemua negara peserta diberi sehingga 30 Jun untuk berbuat demikian.

“Kita buat awal kerana ia mengambil kira acara berpasukan yang perlu diadakan undian pada 8 Julai iaitu sekurang-kurangnya sebulan sebelum acara berpasukan bermula iaitu 14 Ogos bagi bola sepak dan bola jaring,” katanya.

Perubahan itu terpaksa dibuat selepas perubahan tarikh upacara penutupan KL2017 diawalkan sehari kepada 30 Ogos berbanding jadual asal pada 31 Ogos.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai venue acara memanah, Zolkples berkata perkara itu masih belum dimuktamadkan dan akan ditentukan secepat mungkin. – BERNAMA

Kategori