• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SRAM Terus Usaha Lahir Lebih Ramai ‘Nicol David’

oleh
08/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) akan terus meningkatkan usaha melahirkan lebih ramai ‘Nicol David’ pada masa depan.

Presidennya, Huang Ying How berkata SRAM bersama Kementerian Pendidikan dan Yayasan CIMB telah mewujudkan program bukan hanya setakat di peringkat sekolah malah juga daerah.

“Kerajaan telah membina gelanggang skuasy di lapan sekolah dan kemudahan ini dikenali sebagai Pusat Latihan Daerah.

“Ini adalah langkah besar untuk SRAM…berbekal pengalaman luas SRAM, kami mampu mengadakan program pembangunan kelas satu untuk daerah. Kami percaya ada bakat besar mampu dikesan,” katanya.

Bagaimanapun, Huang tidak mendedahkan nama lapan daerah yang terpilih untuk program itu tetapi menjelaskan ia akan dilancarkan bulan ini.

Menurut Huang, di bawah program itu, SRAM akan menyediakan kepakaran untuk melatih guru menjadi jurulatih.

Terdahulu, Huang dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan CIMB, Datuk Hamidah Naziadin melancarkan Program Pembangunan Skuasy Remaja CIMB 2017.

“Program Pembangunan Skuasy Remaja CIMB menjadi asas kepada aktiviti skuasy negara sejak hampir sedekad lalu.

“Kami bangga untuk meneruskan kecemerlangan program ini. Kebanyakan daripada pemain dari sini mewakili negara dalam pelbagai kejohanan, sekali gus menunjukkan komitmen kami menjadikan mereka pemain berkelas dunia,” kata Hamidah.

Sejak diperkenalkan pada 2006, program ini telah melatih lebih daripada 4,000 pemain remaja.

Pada majlis sama, pemenang kategori perempuan Kejohanan Remaja Asia di Hong Kong baru-baru ini – S.Sivasangari, Andrea Lee Jia Qi, Zoe Foo Yuk Han dan Aifa Azman – menerima ganjaran RM10,000 daripada Yayasan CIMB.

Sementara itu, pasukan remaja lelaki yang terdiri daripada Darren Rahul Pragasam, Wong Sai Hung, Mohd Farez Izwan Mohd Mukhtar dan Mohd Hafiz Zhafri Abdul Harif, yang muncul naib juara kategori lelaki menerima RM5,000. – BERNAMA

Tags: Nicol DavidSkuasySRAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harleein Harumkan Nama Malaysia Di AS

24/12/2021
0

KUALA LUMPUR: Atlet cilik skuasy, Harleein Tan berazam untuk terus maju dalam usaha merangkul lebih banyak kejayaan di masa akan...

M’sia Batal Kejohanan Skuasy Dunia Di KL Sebab Atlet Israel, Omicron

30/11/2021
0

Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia lelaki di Malaysia dibatalkan kerana kebimbangan mengenai varian koronavirus baru Omicron dan isu visa untuk atlet...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd