Friday, July 26, 2024

Creating liberating content

Polis Sedang Kumpul Maklumat...

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengumpul maklumat terperinci mengenai cubaan menjatuhkan kerajaan tanpa...

3 Cedera Serangan Tembakan...

LOS ANGELES - Tiga remaja sekolah tinggi di barat daya Oregon cedera akibat...

5 Strategi Putuskan Rantaian...

PUTRAJAYA - Pelaksanaan lima strategi utama dalam Pelan Strategik Kementerian Kesihatan (KKM) Menangani...

Bomba Sabah Mahu Jadikan...

KOTA KINABALU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah bercadang menjadikan Pasukan Mencari dan...

Separuh Kanak-Kanak Di Dunia Terima Dos Vaksin

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU – Sejumlah 2.5 bilion dos vaksin telah diberikan kepada kanak-kanak di lebih 100 buah negara pada 2016 mencecah hampir separuh kanak-kanak di di bawah umur lima tahun, menurut Tabung Darurat Kanak-Kanak Antarabangsa Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) lapor agensi berita China Xinhua.

Jurucakap Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) Antonio Guterres berkata, laporan itu dikeluarkan pada Minggu Imunisasi Sedunia sekaligus menjadikan UNICEF pembeli terbesar vaksin untuk kanak-kanak di dunia.

Nigeria, Pakistan dan Afghanistan, tiga negara yang masih dilanda endemik-polio, masing-masing menerima dos vaksin paling tinggi berbanding negara lain, kata Dujarric.

“Akses yang lebih mudah untuk mendapatkan suntikan imunisasi membantu menurunkan kadar kematian kanak-kanak bagi penyakit yang boleh dicegah melalui vaksin dan meningkatkan lagi usaha membasmi polio,” katanya.


Namun masih terdapat kira-kira 19.4 juta kanak-kanak di seluruh dunia ketinggalan untuk mendapatkan vaksin penuh setiap tahun kerana konflik, sistem kesihatan lemah, kemiskinan atau ketidaksamaan sosial. – BERNAMA

Kategori