• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seleweng Projek JPS: Tan Sri, Anak Direman 6 Hari

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang usahawan bergelar ‘Tan Sri’ dan anak lelakinya antara enam orang yang direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) berkaitan projek pengindahan Sungai Melaka.

‘Tan Sri’ berumur 60-an itu ditahan di kediamannya di Johor kira-kira 10 pagi semalam manakala anaknya yang juga bekerja di syarikatnya merupakan suspek terbaharu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 11 malam tadi di Johor.

Tiga lagi yang direman untuk tempoh sama sehingga 11 April itu merupakan pegawai di JPS dan seorang pesara di jabatan itu bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber SPRM, kesemua pegawai JPS yang ditahan disyaki bersubahat dengan Tan Sri itu yang merupakan pemilik syarikat dilantik untuk membekalkan alat ‘geotube’ bagi projek JPS, membabitkan kerja pemulihan sungai dengan menggunakan kaedah penggalian pada sekitar 2012.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun atau lima kali ganda nilai suapan, mengikut mana yang tinggi.

Sementara itu, tiga pemain bola sepak Malaysia Indian Football Association (MIFA) direman selama tujuh hari bermula hari ini disyaki mengambil rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana Malaysia.

Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara 20 tahun.

Perintah tahanan reman itu bagi kedua-dua kes itu dikeluarkan Majistret A. Akhiruddin @ Boy Acho di Mahkamah Majistret Putrajaya di sini. – BERNAMA

Tags: SPRMTuntutan Palsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azam Baki Seru Anggota SPRM  Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

Azam Baki Seru Anggota SPRM Terus Junjung Integriti, Jangan Goyah Dengan Kritikan Dan Fitnah

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki mengingatkan warga SPRM mesti terus menjunjung...

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

Exco Terengganu Ditahan SPRM, Arah GLC Ambil Dua Anak Bekerja

22/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Seorang Exco kerajaan Terengganu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki terlibat dalam salah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd