Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Lelaki Ditikam Rakan Kerana...

HUTAN MELINTANG - Kerana mulut badan binasa. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki...

“Saya Tidak Akan Tarik...

KUALA LUMPUR - Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad tidak akan menarik balik saman...

Lelaki Imigran Diajar Cara...

HORST Wenzel, bukan asing lagi di Jerman dan dikenali sebagai 'jurulatih’ kepada kaum...

Tip 10 Amalan Sunat...

HARI Jumaat merupakan Saiyyidul Ayyam atau penghulu bagi segala hari. Ini kerana terdapat pelbagai...

Sekretariat KL 2017 Jamin Bebas Penyelewengan

KUALA LUMPUR – Sekretariat Kuala Lumpur 2017 (KL 2017) memberi jaminan penganjuran temasya Sukan SEA Kuala Lumpur dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur bebas daripada masalah penyelewengan dana.

Ketua Pegawai Eksekutif Sekretariat KL 2017, Datuk Seri Zolkples Embong berkata penganjur sentiasa telus dalam semua tindakan yang diambil terutama melibatkan aspek kewangan dan perolehan.

“Kita mahu pastikan penganjuran Kuala Lumpur 2017 bebas daripada pelanggaran tatacara terutama dari segi kewangan, perolehan dan sebagainya. Kita sentiasa telus dalam apa sahaja tindakan terutama melibatkan aspek kewangan.

“Saya akan pastikan setelah selesai penganjuran nanti kami akan menyiapkan segala laporan dan penyata kewangan termasuk peralatan sukan, inventori kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas perhimpunan bulanan dan bacaan ikrar integriti pegawai dan kakitangan sekretariat berkenaan di Lobi Gimnasium III, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Shamshun Baharin Mohd Jamil.


Zolkples berkata beliau sendiri telah berhubung dengan Jabatan Audit Negara supaya pemeriksaan kewangan berhubung penganjuran Sukan SEA Kuala Lumpur dapat dilakukan lebih awal.

“Saya sendiri telah berhubung dengan Ketua Audit Negara sebelum ini, Tan Sri Ambrin Buang untuk melibatkan audit dalam apa sahaja proses perolehan yang akan kita lakukan.

“Saya beritahu kepadanya, kita tidak mahu ikut amalan biasa selepas akaun ditutup baru audit buat pemeriksaan. Kita minta penglibatan audit dari mula lagi. Apabila kami sediakan laporan, kami harap telah mematuhi semua peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Penganjuran KL 2017 melibatkan temasya Sukan SEA pada 19-31 Ogos dan Sukan Para ASEAN pada 17-23 Sept. – BERNAMA

Kategori