• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, November 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Tak Patah Hati Ayda Rapat Dengan Redza” – Radin

oleh AK-47
20/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBELUM ini cukup hangat khabar bertebaran mendakwa penyampai radio Era, Radin mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi terkenal, Ayda Jebat.

Namun, baru-baru ini Ayda dilihat semakin intim dengan hero gandingannya dalam drama bersiri Ku Kirim Cinta iaitu Redza Rosli.

Drama tersebut yang menjalani penggambaran di Australia bakal ditayangkan pada bulan Ramadan ini.

Malah Ayda juga ada menyatakan dia mengharapkan doa daripada peminat dan sekiranya berjodoh dengan Redza, dia tiada masalah mengenai perkara itu.

Susulan kenyataan Ayda itu, ramai pihak melahirkan perasaan simpati dan kesian dengan Radin yang dianggap telah di‘friendzone’kan oleh Ayda sendiri.

Mengulas mengenai hal itu, Radin menjelaskan, orang luar tidak perlu berasa kasihan dengan dirinya.

Ini kerana dia memang tidak pernah langsung bercinta dengan Ayda seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini.

“Saya tidak kecewa atau berkecil hati, daripada dulu lagi kami hanya kawan sahaja dan tidak pernah pun bercinta.

“Jadi bila ada orang yang ingat saya ditinggalkan ia tidak benar, saya sendiri gembira dan sentiasa doakan yang baik-baik untuk mereka,” katanya memetik laporan mStar. 

Menurut Radin lagi, hubungannya dengan Ayda baik-baik sahaja dan mereka selalu bertemu di majlis-majlis hiburan.

Radin mengendalikan segmen Super 40 Era yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis. – MYNEWSHUB.CC 

Tags: Ayda Jebatpenyanyiselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

Penyanyi Lagu ‘Bae Soba Bae’ Mahu Terus Aktif Selepas Bebas

21/12/2024
0

NARATHIWAT: Penyanyi dikir barat dari Kelantan yang didakwa ditahan bersama 6,000 pil kuda di sebuah hotel di Sungai Golok dekat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd