• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Tubuh Makmal Pendidikan STEM Di 6 Sekolah

oleh Ahmad Albab
06/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kerajaan negeri Sarawak dengan kerjasama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) telah menubuhkan makmal pendidikan STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik) di tiga sekolah rendah dan tiga sekolah menengah membabitkan kos RM750,000.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata projek perintis itu sehingga kini menunjukkan hasil yang menggalakkan dan telah dicadangkan supaya dilaksanakan di lebih banyak beberapa sekolah di seluruh negeri tahun depan.

“Kami ingin memberi peluang kepada para pelajar untuk membiasakan diri mereka dengan sains dan teknologi, selain pekerjaan yang berkaitan dengan sains dan teknologi seperti kejuruteraan dan perakaunan.”

Kami memberi penekanan terhadap empat perkara ini dalam membangunkan modal insan untuk menghadapi era baharu yang mana teknologi merupakan perkara yang sangat penting,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pembukaan dewan Sekolah Kebangsaan Rakyat Jalan Haji Bolhassan yang telah dinaik taraf dan makmal pendidikan STEMnya, di sini hari ini.

“Melalui pendekatan dan pendedahan ini, mereka akan lebih bersedia dari segi teknologi untuk memainkan peranan dalam dunia digital hari ini.

“Kami juga memberi penekanan terhadap pengajaran Bahasa Inggeris kerana ia merupakan bahasa sains dan teknologi di mana kita mengadakan kelas tambahan bagi mata pelajaran itu melebihi kurikulum biasa kebangsaan,” katanya.

Abang Johari berkata Sarawak tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada kerajaan pusat, terutama sekali dalam soal pendidikan dan ekonomi digital.

“Atas dasar itu, kami telah melabur dalam menubuhkan kampus cawangan Universiti Swineburne dan Universiti Curtin, juga Universiti Kolej Teknologi Sarawak (UCTS) serta beberapa institut teknikal lain,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri memperuntukkan RM1 juta untuk TVET (Teknikal, Vokasional, Pendidikan dan Latihan) bagi tahun ini.

“Secara keseluruhan, kami telah memperuntukkan kira-kira RM10 juta untuk tahun ini sahaja bagi program intervensi pendidikan sebagai persiapan menghadapi era digital,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Selamatkan 3 Wanita Thai Mangsa Eksploitasi Seks

Next Post

Wakil Rakyat Perlu Manfaat Sidang DUN Bela Nasib Rakyat

Related Posts

Badan Bukan Islam Akan Terus Mendapat Peruntukan

24/12/2018
0

KUCHING - Komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk keharmonian dan pemahaman agama bukan hanya sekadar dalam bentuk lisan tetapi juga dalam...

Pendaftaran GPS: Abang Jo Ucap Terima Kasih

19/11/2018
0

SIBU - Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS)...

Next Post

Wakil Rakyat Perlu Manfaat Sidang DUN Bela Nasib Rakyat

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd