• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sabotaj 52 Tiang Elektrik, Selatan Thailand Bergelap

oleh
07/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PATTANI – Sebahagian kawasan di empat buah wilayah selatan Thailand terpaksa bergelap berikutan serangan khianat yang memusnahkan lebih 50 tiang elektrik awal pagi Jumaat.

Di dalam tempoh kira-kira satu jam bermula 12 tengah malam sehingga 1 pagi waktu tempatan (1 hingga 2 pagi waktu Malaysia), lebih daripada 40 butir bom diletupkan untuk memusnahkan tiang-tiang elektrik terbabit.

“Sebanyak 52 tiang elektrik awam yang dikenal pasti yang melibatkan 19 daerah di wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Songkla telah pun dimusnahkan pihak tidak bertanggungjawab dalam serangan khianat tersebut.

“Bekalan tenaga elektrik domestik masih belum lagi dapat dipulihkan sepenuhnya di beberapa kawasan yang terjejas,” kata jurucakap tentera Bahagian Ke-4, Kolonel Pramote Prom-in kepada pihak media tempatan.

Selain serangan bom yang memusnahkan puluhan tiang elektrik, pihak penyerang juga dipercayai menabur sejumlah paku, membakar tayar dan melakukan beberapa serangan khianat lain, menurut beliau lagi.

Sabotaj 52 Tiang Elektrik, Selatan Thailand Bergelap

Bagaimanapun Pramote berkata, pihak tentera Thailand belum lagi menerima sebarang laporan kecederaan atau kematian sama ada orang awam atau pasukan keselamatan akibat serangan sabotaj tersebut.

Pihak berkuasa Thailand di wilayah selatan negara itu ujar beliau, masih menjalankan siasatan tentang motif serangan sama ada ia berkaitan dengan majlis menandatangani perlembagaan baharu negara semalam.

Insiden meletus secara kebetulan pada hari Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Bodindradebayavarangkun menandatangani perlembagaan negara itu yang ke-20 bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan.

Serangan nekas itu juga berlaku ketika Mufti Mesir, Dr. Shawki Allam sedang berada di selatan Thailand bagi memenuhi jemputan daripada Kementerian Luar Thailand. Beliau dijangka kembali ke Bangkok esok. – BERNAMA

Tags: Maha VajiralongkornThailand
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

Faiz Fadzil Tegur Akmal Sepatutnya Pertahankan Usaha Kerajaan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh sebagai anggota parti yang berada di dalam Kerajaan Madani...

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

Harga Minyak Terus Naik: Akmal Minta Kerajaan Cari Semula ‘Raja Formula’

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh secara sinis meminta kerajaan mencari semula 'raja formula' yang sebelum ini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd