• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RUU Kesalahan Seksual Bersekali Akta Kanak-Kanak

oleh AK-47
05/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 akan dilaksanakan bersekali dengan Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016 (Akta 1511).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata langkah itu bertujuan memastikan keselamatan dan perlindungan kanak-kanak secara menyeluruh.

Beliau berkata Akta 1511 digubal bagi mengadakan suatu undang-undang yang khusus dan komprehensif mengenai kanak-kanak dengan merangkumi aspek perlindungan, pemeliharaan, pemulihan, perkembangan dan penyertaan.

“Kementerian akan bekerjasama dengan Jabatan Perdana Menteri dalam melaksanakan RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 sejurus mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V nanti,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sambil menyatakan penghargaan berikutan sokongan berterusan Anggota Parlimen terhadap RUU itu, beliau menegaskan bahawa RUU itu amat penting bagi menangani isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak di negara ini.

RUU Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 diluluskan Dewan Rakyat semalam.

Ia bertujuan melindungi kanak-kanak daripada jenayah seksual yang dicadang terpakai kepada kanak-kanak berusia bawah umur 18 tahun selaras dengan Akta 1511. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Rohani Abdul KarimRUU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

KKM Rancang Bentang RUU ‘Good Samaritan Law’ Lindungi Penyelamat Nyawa

14/12/2024
0

GEORGETOWN: Kementerian Kesihatan (KKM) merancang memperkenalkan Rang Undang-Undang (RUU) berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi individu yang bertindak memberikan bantuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd