• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rusia Lancar Kapal Selam Tercanggih Di Dunia

oleh
07/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Kementerian Pertahanan Rusia kelmarin melancarkan kapal selam tentera terbaharu dan paling canggih yang mampu membawa ratusan terpedo dan belayar dengan kepantasan 31 knot.

Kapal selam kelas Yasen yang bertenaga nuklear serta diberi nama Kazan itu dilengkapi pelbagai senjata moden termasuk 300 butir torpedo dan lapan peluru berpandu balistik Kalibr atau Oniks, menurut media tempatan.

Aset baharu dilancarkan di dermaga limbungan Sevmash, Severodvinsk, wilayah utara Rusia itu memang dirancang khas untuk menghancurkan kapal selam musuh, kapal perang, pangkalan tentera laut dan sasaran strategik lain.

Dengan ukuran sepanjang 139 meter itu, kapal selam tersebut dilaporkan mampu mengangkut 90 orang kru dan dapat belayar 100 hari penuh di lautan selain berupaya menyelam hingga kedalaman 600 meter dari permukaan.

Enjin yang dipasang pada kapal selam ini boleh menghasilkan kuasa bersamaan dengan 43,000 tenaga kuda dan persenjataannya dikatakan mampu menembak sasaran tepat pada jarak jauh sehingga 2,400 kilometer.

Media antarabangsa melaporkan, pada majlis pelancaran kapal selam tersebut, Panglima Tentera Laut Rusia, Laksamana Vladimir Korolyov mendakwa, aset tersebut adalah yang paling moden di dunia pada masa ini.

Beliau juga menegaskan, kapal selam ini sangat sukar dijejaki pihak tentera musuh kerana bunyi bising yang dihasilkan oleh enjin canggihnya itu sangat minimum untuk dikesan oleh mana-mana sistem sonar paling baharu.

Pelancaran ini bertepatan detik armada kapal selam Rusia mencatatkan tahap pelayaran yang tidak pernah dicapai sejak era Perang Dingin antara negara itu ketika dikenali sebagai Kesatuan Soviet dengan Amerika Syarikat (AS).

Tahun lalu, seluruh armada kapal selam Rusia mencatat keseluruhan 3,000 hari rondaan yang dianggap Korolyov sebagai sebuah pencapaian paling sempurna. Kapal selam baharu ini dijangka digunakan pada tahun depan.

Pihak tentera laut Rusia berharap dapat memiliki tujuh buah kapal selam jenis ini menjelang 2023. Negara itu memiliki 27 buah kapal selam berkuasa nuklear berbanding AS pula 60 buah. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: kapal selamRusia
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Chong Wei Mara Mudah Ke Suku Akhir Terbuka Malaysia

Next Post

Ibu Maut Kemalangan Selepas Rawatan Di Kuantan

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

Rusia, Belarus, Cuba Dan Korea Utara ‘Terselamat’ Perang Tarif

04/04/2025
1

WASHINGTON - Beberapa negara terkecuali daripada senarai tarif timbal balik yang diperkenalkan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump ketika...

Next Post

Ibu Maut Kemalangan Selepas Rawatan Di Kuantan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd