• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTM Perlu Kaji Selera Penonton Masa Kini – Salleh

oleh Ahmad Albab
11/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Radio Televisyen Malaysia (RTM), disaran untuk membuat kajian bagi mengenal pasti perubahan minat, selera serta kepuasan khalayak pada masa ini bagi memastikan stesen penyiaran yang berusia 71 tahun itu terus relevan dan menjadi pilihan ramai.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak berkata RTM perlu serius melaksanakan kajian itu bagi membolehkan proses transformasi dilaksanakan dan mampu memikat perhatian masyarakat negara ini untuk terus mengikuti persembahan stesen itu.

“Ini adalah kerana sesuatu kaedah, persembahan atau penyampaian yang pada suatu musim menjadi minat dan kegilaan khalayak, mungkin tidak lagi sesuai dengan selera dan minat mereka di musim yang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Khas Sambutan Hari RTM ke-71 di Angkasapuri, di sini hari ini.

RTM meraikan ulang tahunnya pada setiap 1 April. Stesen penyiaran kerajaan itu kini mengendalikan tiga saluran televisyen, lapan saluran radio nasional dan 24 saluran radio negeri dan saluran radio daerah.

Menurutnya RTM telah melalui pelbagai proses transformasi antaranya pembaharuan yang dibuat melalui radio, televisyen dan media baharu yang amat memberangsangkan seperti dari segi teknik penyampaian, reka bentuk set, keterampilan penyampaian dan kualiti kandungan.

Namun, kata Salleh, momentum perubahan tidak boleh berhenti setakat itu kerana perubahan merupakan sesuatu yang dinamik dan RTM perlu berterusan melaksanakan proses transformasi.

“Transformasi dalam bidang penyiaran bukanlah satu usaha yang mudah. Banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi dalam kembara transformasi ini.

“Namun saya yakin dan percaya bahawa dengan kesepaduan dan jalinan kerja yang erat di antara kementerian dan RTM, transformasi yang sedang dilaksanakan ini akan berjaya mencapai objektifnya,” katanya.

Salleh juga berkata pembangunan modal insan dan bakat RTM akan terus diperkasakan melalui pelbagai usaha bersama Jabatan Perkhidmatan Awam termasuk menambah peluang kenaikan pangkat para kakitangan dalam pelbagai skim.

Menurutnya skim khas seperti Penerbit Pakar dan Jurutera Pakar juga sedang dikaji.

Pada majlis itu, RTM diumumkan menjadi Hos Penyiar Sukan SEA ke-29 yang bakal berlangsung 19 hingga 31 Ogos nanti.

Turut hadir Timbalan Menteri KKMM, Datuk Jailani Johari; Ketua Setiausaha KKMM, Datuk Seri Dr. Sharifah Zarah Syed Ahmad dan Ketua Pengarah RTM, Datuk Abu Bakar Ab Rahim. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said KeruakRTM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Emirates Menang ‘Airline Terbaik Dunia’

Next Post

Kilang Barang Lusuh Di Ijok 80 Peratus Terbakar

Related Posts

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

Ustaz Don Daniyal Direhatkan Daripada Bersiaran Di RTM

05/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid direhatkan daripada bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM), susulan isu...

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

RTM Siar Secara Langsung 61 Aksi Liga M 2024/2025

11/05/2024
1

PEMINAT sukan bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan 61 perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan disiarkan secara...

Next Post

Kilang Barang Lusuh Di Ijok 80 Peratus Terbakar

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd