Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Laudya Cynthia Kahwin Bekas...

BEKAS suami Erra Fazira, Engku Emran Engku Zainal Abidin dikhabarkan bakal menamatkan zaman...

10 Maut Pemanas Air...

TEHRAN - Sepuluh maut dan lima lagi cedera selepas pemanas air di sebuah...

Tiga Anggota TLDM Maut,...

RANAU - Tiga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dari Markas Wilayah Laut...

Konsert Search Ditunda 30...

KUALA LUMPUR - Kumpulan rock Search mengumumkan 30 Ogos depan sebagai tarikh baharu...

Rosmah Lawat Rumah Perlindungan Kanak-kanak

NEW DELHI – Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor melawat sebuah rumah perlindungan kanak-kanak, Prayas Children Home For Girls di Tughlakabad di sini, hari ini.

Ketibaan Rosmah, yang berada di New Delhi untuk mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasmi di India, disambut Setiausaha Agung Prayas JAC Society, Amod K. Kanth.

Pusat itu, yang dikendalikan oleh Praya JAC Society, menempatkan lebih 60 kanak-kanak kurang bernasib baik yang berumur antara enam dan 18 tahun.

Selain pendidikan formal, pusat itu turut menyediakan latihan kemahiran termasuk menjahit.

Prayas JAC Society kini mengendalikan lebih 200 insitusi seumpama itu yang menempatkan lebih 50,000 kanak-kanak, remaja dan wanita di seluruh India. – BERNAMA

Kategori