Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Tindakan Disiplin Ke...

PUTRAJAYA - PPBM memaklumkan pihaknya tidak akan mengenakan sebarang tindakan disiplin ke atas...

Tiga Kluster Pendidikan Baharu...

ALOR SETAR: Tiga lagi kluster pendidikan COVID-19 direkodkan di Kedah pada hari ini...

Penduduk Gempar, Puluhan Paus...

PULUHAN ekor paus dengan panjang 3-5 meter terdampar di pesisir pantai Desa Randu...

Buruh Nafi Rogol Remaja...

Chukai: Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen...

Restoran Dim Sum 90 Tahun Ditutup Sebab Tikus

GEORGE TOWN – Selepas restoran nasi kandar terkenal Line Clear pernah diarahkan untuk tutup beberapa hari kerana isu tikus, kini dua buah restoran terkenal dim sum juga diperintahkan sama.

Media tempatan melaporkan, kedua-dua restoran popular masakan Cina tersebut masing-masing terletak di Lebuh Kimberley dan Lebuh Campbell dikenakan perintah berkenaan jam 2 petang Jumaat untuk tempoh selama 14 hari.

Salah sebuah daripadanya berusia hampir 90 tahun. Terdahulu sepasukan pegawai dari Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Jabatan Kesihatan negeri melakukan pemeriksaan secara mengejut kira-kira pukul 10 pagi.

Arahan penutupan sementara itu atas alasan amalan kesihatan tidak memuaskan. Namun media difahamkan ia dipercayai susulan aduan pelanggan yang kurang berpuas hati dengan tahap kebersihaan di premis tersebut.

Malahan sejumlah bangkai lipas terbiar dan tikus yang sudah lama mati turut ditemui bersepah di bahagian dapur serta setor di kedua-dua restoran berkenaan ketika pemeriksaan dilakukan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori