Thursday, May 2, 2024

Creating liberating content

Majlis Fatwa Putuskan Hukum...

MAJLIS Fatwa Kebangsaan memutuskan, hukum pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan mula berkuatkuasa...

Kedah Sedia Berbincang Dengan...

JITRA - Kerajaan Kedah sedia berbincang dengan kerajaan Pulau Pinang dan Perlis berhubung...

Tanah Runtuh: 23 Daripada...

KUANTAN - Sejumlah 23 daripada 416 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Cameron...

NCIG Gariskan Langkah Baru...

SHAH ALAM - NCIG (M) Sdn. Bhd. mengutuk tindakan pengilang dan peruncit yang...

Raptai Istiadat Pertabalan Agong Ke-15 Lancar

KUALA LUMPUR – Raptai penuh Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V yang berlangsung di Istana Negara, hari ini, berjalan lancar dengan hampir semua persiapan untuk upacara itu berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata raptai terakhir itu bertujuan mengenal pasti sebarang penambahbaikan dan pembetulan yang perlu dilakukan menjelang istiadat pertabalan itu pada Isnin.

“Alhamdulillah raptai penuh bagi istiadat pertabalan berjalan dengan lancar. Semua sedia maklum istiadat ini adalah satu majlis amat bersejarah dan kita lakukan mengikut tradisi yang biasa dilakukan.

“Saya dipertanggungjawabkan untuk menentukan kelancaran dan kelicinan majlis ini dan Alhamdulillah dengan kerjasama semua pihak kakitangan kerajaan dan istana, kita menyaksikan satu gandingan yang baik sekali untuk menentukan perjalanan akan berjalan dengan baik,” katanya selepas meninjau perjalanan raptai itu di Istana Negara.


Menurut Salleh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Istiadat Pertabalan itu, rakyat boleh menyaksikan upacara bersejarah itu melalui siaran langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada Isnin depan.

Selepas melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 13 Dis lepas, Sultan Muhammad V, akan ditabalkan sebagai ketua utama negara pada Isnin ini bagi menggantikan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang tamat tempoh pemerintahan pada 12 Dis tahun lepas. – BERNAMA

Kategori