• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raihan Antara 500 Muslim Paling Berpengaruh Di Dunia

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUMPULAN nasyid terkenal, Raihan, diiktiraf di dalam senarai 500 Muslim paling berpengaruh di dunia bagi kali kesembilan berturut-turut.

Pengiktirafan itu merupakan hasil kajian dilakukan Universiti Georgetown, Washington, Amerika Syarikat dan dikeluarkan dalam The Muslim 500: The World’s Most Influential Muslims yang merangkumi pelbagai bidang sepanjang 2016.

Raihan yang kini dianggotai oleh tiga orang iaitu Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim dan Amran Ibrahim mewakili Malaysia dalam kategori Seni dan Budaya.

Turut tersenarai ialah Yusuf Islam mewakili United Kingdom dan Maher Zain (Sweden).

Nama Raihan mula tersenarai sejak 2008 apabila berjaya mencetus genre muzik baharu Islam kontemporari yang akhirnya menjadi ikutan kepada penggiat nasyid di dunia.

Jurucakapnya, Che Amran, berkata genre nasyid kontemporari yang menjadi fenomena sejak album pertama mereka pada 1997 berjudul Puji-Pujian meninggalkan impak yang kuat di seluruh dunia.

“Alhamdulillah, kajian yang dikeluarkan itu secara tidak langsung membawa nama Malaysia ke seluruh dunia. Pastinya kami bersyukur kerana Raihan masih tersenarai dalam 500 Muslim paling berpengaruh di dunia untuk tahun kesembilan.

“Apa yang pasti, semua itu disebabkan impak Raihan sebagai pencetus genre muzik baharu kontemporari Islam yang diterima di seluruh dunia. Dari situ mula tertubuhnya banyak kumpulan nasyid baharu, baik di negara ini mahupun di luar negara.

“Selain itu, kami satu-satunya artis yang berjaya melengkapkan jelajah ke enam benua di seluruh dunia untuk mengadakan persembahan seperti ke Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Australia,” katanya yang berbangga apabila turut diundang Ratu Elizabeth untuk mengadakan persembahan di hadapan baginda di The Royal Albert Hall, England.

Selain Raihan, artis lain yang turut tersenarai bagi tahun kedua termasuk Datuk Siti Nurhaliza dan Hafiz Hamidun. – MYNEWSHUB.CC

Tags: raihan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Nora Danish Photoshoot Baju Raya Sampai Ke Las Vegas

Next Post

Buku Masih Relevan Sebagai Bahan Rujukan

Related Posts

Sesungguhnya 2019 Sentuh Hati Bukan Islam

21/05/2019
0

KURANG dua minggu dimuat naik di laman perkongsian video YouTube, video muzik lagu versi baharu Sesungguhnya 2019 kini mencatat lebih...

Cover 2 Minit Buat Peminat Rindu Suara Nazrey

04/02/2018
0

LAMBAKAN penyanyi baharu masa kini sedikit sebanyak bagaikan telah mengetepikan penyanyi kumpulan nasyid yang lain tak kira yang baru mahupun...

Next Post

Buku Masih Relevan Sebagai Bahan Rujukan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd