• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putera Dubai Guna Mercedes Tarik Lori Tersangkut

oleh
05/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUBAI – Seorang Putera Mahkota Dubai dipuji ramai netizen setelah dirakam menggunakan kereta Mercedes miliknya bantu menarik keluar sebuah trak muatan terperangkap dalam padang pasir.

Langkah murni Putera Mahkota Sheikh Hamdan Bin Mohammed Bin Rashid Al Maktoum itu dianggap menunjukkan bahawa meskipun baginda berasal dari keluarga diraja yang kaya-raya, beliau tidak sombong.

Malahan putera wilayah Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu diketahui memang sering membantu rakyat jelatanya tanpa mengira pangkat, menurut laporan portal antarabangsa Russia Today (RT).

Klip video itu berdurasi selama 1 minit 10 saat itu yang dikongsi menerusi Instagram oleh pengguna Saeed Hilal, menunjukkan sebuah trak kelhatan tersekat dalam pasir gurun sehingga sukar bergerak.

Sebuah kereta mewah Mercedes AMG G63, sebuah trak pikap dan sebuah traktor kemudian berganding bahu untuk membantu trak 12 tayar tersebut untuk bebas daripada cengkaman pasir.

Pada satu masa, kereta Mercedes jenis pacuan empat roda itu pula kelihatan tersekat dalam pasir. Mujur kenderaan-kenderaan yang lain bergandung bahu untuk ‘menyelamatkan’ kereta tersebut.

Menurut RT, nombor plat lesen kereta Mercedes berkenaan ialah ‘Dubai 11’, iaitu merujuk kepada nombor pendaftaran yang sama digunakan untuk kereta milik Putera Mahkota Dubai.

Sheikh Hamdan tidak membuat sebarang catatan tentang insiden itu di media sosialnya, namun gambar-gambarnya di Instagram menunjukkan baginda memakai pakaian sama dengan pemandu kereta Mercedes berkenaan.

Putera Mahkota berasal dari keluarga diraja Al Maktoum, antara yang terkaya di UAE dan keluarganya memiliki harta kekayaan AS$12 bilion (RM53 bilion), menurut RT. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: dubaiUAE
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

Pempengaruh Pro-Palestin Dakwa Akaun X Diharamkan UAE, Tuduh Emiriah Lindungi Israel

05/03/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  Seorang pempengaruh media sosial pro-Palestin yang terkenal, Jackson Hinkle, mendakwa akaun beliau di platform X (Twitter) telah diharamkan...

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

Pasangan Penipu Kripto Rusia Ditemui Mati Disimen Dan Ditanam Di Gurun UAE

09/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri warga Rusia yang sebelum ini dilaporkan hilang pada Oktober lalu ditemui mati dalam keadaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd