• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 7, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pulangkan Ubat Jika Tak Guna, Elak Bazir – Hilmi

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK – Pesakit yang ada ubat daripada klinik atau hospital kerajaan tetapi tidak menggunakannya dinasihat agar mengembalikanya kepada klinik atau hospital bagi mengurangkan pembaziran.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata pesakit boleh membawa bersama ubat mereka yang tidak digunakan semasa temu janji untuk membantu doktor menyemak semula preskripsi dan memberi ubat yang lain.

Beliau berkata pihaknya telah mengeluarkan arahan kepada pegawai perubatan dan ahli farmasi supaya mereka memberi nasihat yang sewajarnya kepada pesakit mengenai penggunaan ubat-ubatan.

“Kementerian Kesihatan memandang serius tindakan sesetengah pesakit di negara ini yang tidak menggunakan ubat-ubatan yang diberi oleh klinik atau hospital kerajaan.

“Ia merupakan satu pembaziran kerana ubat-ubatan itu bukan sahaja berkualiti tetapi ia dibeli dengan peruntukan yang besar,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Program Ziarah Kasih Sayang Pelatih Paramedik Masuk Kampung dan ‘Food Fit Fun Fair‘ di Sungai Sumun di sini hari ini.

Dr. Hilmi berkata tahun lepas, kerajaan membelanjakan kira-kira RM2.2 bilion untuk membeli ubat-ubatan asli dan generik.

“Selain mengelakkan pembaziran, kita tidak mahu ubat-ubatan yang tidak digunakan itu membahayakan nyawa terutama kanak-kanak jika mereka termakan ubat berkenaan,” katanya.

Beliau menarik perhatian apabila berkata pihaknya mendapat maklumat terdapat pesakit yang membuang ubat-ubatan di luar pagar klinik atau hospital kerana mereka berjumpa doktor semata-mata untuk mendapatkan sijil cuti sakit sahaja

Mengenai program hari ini, Dr. Hilmi berkata 380 pelatih daripada Kolej Sains Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ipoh; Hospital Sungai Buloh dan Kolej Pergigian Pulau Pinang terlibat,

Beliau berkata kesemua pelatih berkenaan telah memberi perkhidmatan pemeriksaan percuma kepada kira-kira 1,500 penduduk daripada 37 kampung di sekitar kawasan Bagan Datuk.

“Ini merupakan program ketiga yang dianjurkan selepas Balik Pulau di Pulau Pinang dan Pekan, Pahang dan selepas ini kita akan meneruskan program sebegini di Muar, Johor,” katanya. – BERNAMA

Tags: ubat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

UMNO Sabah Iktiraf Peranan Puteri UMNO – Musa Aman

Next Post

Jangan Dedahkan Data Peribadi Anda Di Media Sosial

Related Posts

Cuaca Panas Disebabkan Pemanasan Muka Bumi, Kurang Hujan – MetMalaysia

Ibu Maut Dengan Kesan Tikaman Menjerit-jerit Tak Mahu Makan Ubat

13/04/2023
0

BACHOK – Seorang ibu berpantang selepas melahirkan anak keempat yang ditemui mati di dalam sebuah bilik di rumah ibunya di...

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

Ubat Baharu Eisai Untuk Alzheimer Didapati Berkesan

29/09/2022
0

TOKYO - Pengeluar ubat Jepun, Eisai Co. dan syarikat biofarmaseutikal Amerika Syarikat, Biogen Inc., pada Rabu memaklumkan ubat Alzheimer yang...

Next Post

Jangan Dedahkan Data Peribadi Anda Di Media Sosial

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd