• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 10, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Projek ‘Park & Ride’ Di Stesen Komuter Rawang

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Projek ‘Park and Ride’ bernilai RM50 juta akan dibina di Stesen Komuter Rawang bagi membantu mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di bandar Rawang, kata Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata projek itu akan melibatkan pembinaan kawasan parkir yang lebih luas.

“Projek ini sekarang dalam proses tender dan bila selesai proses tender, kita harap dapat memulakan pembinaan kemudahan tersebut dalam tahun ini juga,” katanya kepada pemberita pada program Dialog Bersama Pemimpin NGO Komuniti Cina di Selayang.

Dialog itu anjuran Ibu Pejabat MCA dan MCA Bahagian Selayang bertujuan mendapatkan maklum balas mengenai isu setempat yang dihadapi akar umbi.

Liow yang juga Presiden MCA turut melahirkan kesalan terhadap kerajaan negeri Selangor yang dilihat tidak mengendahkan masalah penduduk negeri itu.

Liow berkata pada sesi dialog berkenaan, penduduk membangkitkan pelbagai masalah antaranya isu banjir kilat di Batu Arang, kesesakan lalu lintas di Rawang serta masalah bekalan air di Selayang.

“Nampaknya kerajaan negeri gagal menyelesaikan isu-isu rakyat. Mereka kini meminta bantuan daripada kerajaan pusat untuk membantu menyelesaikan isu-isu tersebut,” katanya.

Mengenai sokongan masyarakat Cina terhadap MCA, Liow berkata sokongan yang diberikan kini semakin meningkat dan MCA juga akan terus komited dalam menyelasaikan masalah berkaitan kaum Cina.

“Sekiranya Barisan Nasional diberikan peluang untuk menduduki kerusi Parlimen Selayang dan DUN Rawang (pada pilihan raya umum akan datang), kita akan berjuang sebaiknya untuk pastikan kesejahteraan para penduduk terjamin. Ini adalah manifesto kami,” tambahnya. – BERNAMA

Tags: komuter
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Juliana Evans Sah Bergelar Isteri Kerabat Selangor

Next Post

Sasaran 50% Rakyat Miliki Diploma, Ijazah Tahun 2050

Related Posts

Lelaki Maut Dirempuh Komuter

Lelaki Maut Dirempuh Komuter

05/05/2023
0

PETALING JAYA : Lelaki maut selepas dirempuh komuter yang menghala ke Stesen Seputeh dari Stesen Salak Selatan, Brickfields dekat sini...

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

Semua Jenis Basikal Boleh Masuk KTM Komuter

13/08/2022
0

SEREMBAN - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini membenarkan semua jenis basikal dibawa masuk ke dalam pengangkutan itu secara percuma...

Next Post

Sasaran 50% Rakyat Miliki Diploma, Ijazah Tahun 2050

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd