• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, August 12, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PPM Tahan 2 Tekong Darat Bersama 11 PATI Di Sandakan

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) menahan dua tekong darat bersama 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) yang baru mendarat di daerah ini dalam serbuan di kawasan hutan Jalan IPS Batu Sapi dekat sini, hari ini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Sandakan ASP Mazre Che Mahmod berkata dua tekong darat yang ditahan adalah lelaki berusia 27 dan 53 tahun, manakala PATI tersebut terdiri daripada tujuh perempuan dan empat lelaki berusia antara 15 hingga 64 tahun.

Katanya kegiatan dua tekong darat itu dikesan ketika anggota PPM Sandakan menjalankan Operasi Landai menerusi pemantauan di kawasan sungai Sebait di Batu 10 dekat sini pada 6.30 pagi.

Dua kenderaan jenis pacuan empat roda dan sebuah Proton Iswara dikesan membawa PATI baru mendarat berhampiran jambatan besi di sungai tersebut, katanya di sini, hari ini.

Menurutnya anggota PPM kemudian mengekori dua kenderaan tersebut hingga ke sebuah rumah tidak bernombor di kawasan hutan Jalan IPS Batu Sapi dan melakukan serbuan pada 7.30 pagi.

Mazre berkata pemandu kereta pacuan empat roda berusia 27 tahun itu memiliki sijil lahir negara ini ditahan membawa lapan PATI, manakala pemandu kereta jenis Proton Iswara berusia 53 tahun yang memiliki pas IMM13 ditahan membawa tiga PATI.

Beliau berkata kesemua PATI yang ditahan itu dipercayai berasal dari Zamboanga, Filipina.

Katanya turut dirampas daripada dua tekong darat itu ialah wang tunai berjumlah RM1,402 dan sebuah telefon bimbit. – BERNAMA

Tags: PatiPPM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Gelandangan Tangkap Tikus Sebagai Sumber Pendapatan

Next Post

Malaysia, Kanada Kukuh Kerjasama Banteras Keganasan

Related Posts

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

Upah Tinggi Faktor Rakyat Tempatan Sanggup Jadi Tali Barut Bawa Masuk Pendatang

16/02/2025
0

KOTA BHARU: Ganjaran lumayan menyebabkan segelintir rakyat tempatan sanggup menjadi tali barut kepada sindiket penyeludupan pendatang tanpa izin dengan bertindak...

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

Polis Gempur Rumah Transit PATI, Lumpuhkan Sindiket Seludup Migran Dari Bangladesh

03/10/2024
0

JOHOR BAHRU : Dengan bayaran kira-kira RM20,000, seorang migran Bangladesh yang transit di Singapura akan dibawa masuk dengan cara berjalan...

Next Post

Malaysia, Kanada Kukuh Kerjasama Banteras Keganasan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd