Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

COVID-19: Muhyiddin Dijangka Umum...

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan sehingga 14 April, hari...

Bekas Ketua Hakim Negara...

BONGKAR... Ini bukannya cakap kosong orang tepi jalan. Siapa yang tidak kenal dengan...

Pemberi Maklumat Dilindungi Akta...

PUTRAJAYA - Orang ramai tidak perlu takut untuk tampil mengemukakan aduan berhubung amalan...

Penduduk Kedah Takut Banjir...

JITRA - Banjir kilat yang melanda Kedah ketika ini sehingga mengakibatkan beribu-ribu mangsa...

Portfolio Baharu Ke Arah Pengagihan Tanggungjawab

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menganggap portfolio Menteri Dengan Tugas-tugas Khas yang beliau terima Rabu lepas, lebih ke arah pengagihan tanggungjawab secara efisien, serta menunjukkan solidariti dalam kalangan kepimpinan kerajaan persekutuan.

Beliau berkata spekulasi yang dibuat terutama oleh pihak pembangkang, lebih menunjukkan pihak berkenaan tidak senang hati dengan kerjasama dan persefahaman yang kukuh dalam kalangan pemimpin tertinggi termasuk pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Mungkin sebab mereka tak senang dengan pengumuman (pelantikan itu), kerana mereka bimbang kerjasama dan persefahaman antara pemimpin tertinggi kita, yang menggambarkan solidariti,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen, di luar Persidangan Dewan Negara hari ini.

Hishammuddin, yang juga Naib Presiden UMNO, diminta mengulas dakwaan kononnya portfolio baharu itu akan menimbulkan pergeseran antara beliau dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Naib Presiden UMNO yang memangku tugas-tugas timbalan presiden parti.

Bercakap lebih lanjut, Hishammuddin berkata seperti yang beliau umumkan semalam, antara tugas khas di bawah portfolio berkenaan ialah membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memantau keselamatan Sabah dan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), tanggungjawab berkenaan amat penting memandangkan ancaman pihak pengganas terutama Abu Sayyaf di selatan Filipina perlu diberi perhatian khusus.

Katanya Ahmad Zahid sendiri, yang juga Menteri Dalam Negeri, sedia maklum mengenai tugas khas berkenaan dan secara peribadi meminta beliau untuk lebih mendekati rakyat di Sabah, terutama golongan nelayan di sana yang lebih terdedah kepada ancaman pengganas.


“Agihan tugas sesama kami ini penting, kerana tak mungkin kita boleh buat segala-galanya, tetapi gandingan, pemikiran dan juga strategi, saya percaya itulah satu perkara yang cukup penting.

“Contohnya di Selatan Filipina, pihak pengganas Abu Sayyaf sudah menyokong Daesh, hubungan kita dan Indonesia dalam trilateral di Lautan Sulu, pendekatan yang dibuat APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia) dan pendekatan pihak polis, yang dipimpin Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman) sendiri, dan hanya dengan penggemblengan inilah saya percaya kita boleh ambil tindakan proaktif dalam menangani ancaman yang berbangkit,” katanya.

Sehubungan itu beliau sekali lagi menolak spekulasi bahawa pelantikan beliau akan mengakibatkan pergeseran dengan Ahmad Zahid, sebaliknya menegaskan bahawa semua pihak mempunyai tanggungjawab masing-masing dalam membantu perdana menteri. – BERNAMA

Kategori